2 maut, 2 cedera dalam kemalangan kilang di Bintulu

2 maut, 2 cedera dalam kemalangan kilang di Bintulu

BINTULU: Polis Bintulu hari ini mengesahkan dua pekerja kilang di Taman Perindustrian Samalaju maut dalam kemalangan di tempat kerja semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Bartholomew Umpit berkata, dua lagi pekerja cedera ringan dalam insiden itu yang berlaku di dalam kawasan kilang terbabit.



“Kami telah menerima laporan mengenai insiden itu pada 9.10 malam dan telah mengambil kenyataan daripada beberapa saksi yang juga pekerja syarikat tersebut.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Punca insiden masih dalam siasatan,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai insiden itu dan menimbulkan keresahan yang tidak perlu dalam kalangan masyarakat di Bintulu.

Video berkaitan insiden itu memaparkan dua kakitangan perubatan membungkus mayat seorang daripada si mati dengan kain putih yang diletakkan di atas pengusung malam tadi menjadi tular di laman Facebook di Sarawak.



Seorang lelaki yang memakai baju luar hijau tertera nama OCIM di bahagian belakang turut dilihat mengambil gambar dan beberapa wanita meraung dalam video itu. FMT

2 maut, 2 cedera dalam kemalangan kilang di Bintulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen



Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker