Emas keenam dituai terjun milik Jellson Jabilin-Hanis Nazirul

Emas keenam dituai terjun milik Jellson Jabilin-Hanis Nazirul

MALAYSIA terus menyapu bersih pingat yang ditawarkan sukan terjun buat masa ini dengan emas keenam dituai Jellson Jabilin-Hanis Nazirul Jaya Surya, sebentar tadi.

Gandingan itu berjaya menumpaskan cabaran peserta lain dengan mengungguli acara 10 meter platform seirama lelaki.

Itu menandakan Negaraku berkumandang buat kali keenam di Pusat Akuatik My Dinh.

Kedua-dua penerjun berusia 21 tahun itu mengutip 345.93 mata, meninggalkan pasangan Singapura di tempat kedua dan atlet Vietnam bagi pingat gangsa.

Gandingan Singapura, Jonathan Chan-Max Lee memperoleh 322.50 mata manakala pasangan Vietnam, Nguyen Quang Dat-Dang Hoang Tu mendapat 251.46 mata.

Satu lagi pasangan iaitu dari Thailand, Adithep Khopuechklang-Trinapas Santibut terpaksa berpuas hati di tempat keempat.

Hanya empat gandingan menyertai acara itu kali ini.

Kejayaan itu juga bermakna Jellson-Hanis Nazirul mempertahankan pingat emas yang dimenangi sewaktu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Ini kerana acara 10 meter platform seirama tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Filipina 2019.

Hanya empat acara dipertandingkan semasa Filipina 2019 iaitu 3 meter papan anjal seirama lelaki, 3m papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal individu wanita dan 3m papan anjal seirama wanita.

Namun begitu, bagi Sukan SEA Hanoi kali ini, sebanyak lapan emas daripada lapan acara dipertandingkan bagi sukan terjun.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA edisi kali ini.

Buat masa ini, Malaysia telah berjaya memperoleh enam pingat emas dalam tiga hari acara terjun dipertandingkan.

Nur Dhabitah Sabri menghadiahkan kilauan emas pertama negara dalam acara 1 meter papan anjal wanita semalam diikuti gandingan Ooi Tze Liang-Chew Yi Wei bagi acara tiga meter papan anjal lelaki.

Tze Liang terus cemerlang dengan menyumbang emas ketiga negara bagi acara 1 meter papan anjal lelaki, sebelum Ng Yan Yee-Ong Ker Ying memperoleh emas seterusnya.

Yan Yee kemudian berjaya memperoleh emas peribadi keduanya dalam acara 3m papan anjal individu wanita, sebentar tadi. Utv

Emas keenam dituai terjun milik Jellson Jabilin-Hanis Nazirul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker