Lelaki Bangladesh diburu Polis

LUMUT – Polis sedang mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegaranya pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek berusia 26 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat berkenaan dengan orang yang dikehendaki ini boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026.



suspek berusia 26 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

“Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh maut dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan di ruang lapang pada bahagian atas bumbung sebuah bangunan kedai di Sitiawan.

Ketika kejadian, suspek berjaya melarikan diri manakala tujuh lelaki juga warga Bangladesh telah ditahan untuk membantu siasatan.

Semua tangkapan direman sehingga esok. Punca dan motif kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker