Kereta Jatuh Atas Landasan Kereta Api, 5 Cedera

Kereta Jatuh Atas Landasan Kereta Api, 5 Cedera

BERA: Lima orang cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh atas landasan kereta api di KM 43, Jalan Temerloh-Bahau, pagi Sabtu.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Mansor Samsudin yang berkata, kejadian itu turut membabitkan empat buah kenderaan lain.

“Kesemua lima mangsa dibawa keluar oleh anggota bomba dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Triang untuk rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, hanya dua laporan daripada mangsa kemalangan mengenai kejadian itu telah diterima, manakala tiga lagi belum dikenal pasti.

Difahamkan, kenderaan Proton Exora yang dinaiki mereka telah dialihkan dari landasan keretapi tersebut.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).-AA

Kereta Jatuh Atas Landasan Kereta Api, 5 Cedera

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker