Pengambilan vaksin pacu kenaikan harga minyak

Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, mendorong harga Brent melepasi AS$50 setong.

Kenaikan ini didorong oleh harapan pengambilan vaksin koronavirus akan meningkatkan permintaan bahan bakar global, sementara lanjutan perbincangan Brexit meredakan kegelisahan.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Februari meningkat AS$0.08 atau 0.2%, kepada AS$ 50.05 setong pada 0137 GMT, sementara niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas untuk Januari meningkat AS$0.04 atau 0.1% kepada AS$ 46.61 setong.

Harga minyak telah meningkat selama enam minggu berturut-turut, kenaikan terpanjang sejak bulan Jun.



Amerika Syarikat telah memulakan pengambilan vaksin terhadap Covid-19, dengan harapan peraturan pandemik dapat segera berakhir dan meningkatkan semula permintaan pengguna minyak terbesar di dunia.

Lanjutan perbincangan Brexit dalam kalangan kuasa Eropah juga mendorong pasaran kewangan pada hari Isnin.

Negara-negara utama Eropah meneruskan modus penguatkuasa untuk mengekang penyebaran Covid-19 yang telah mengurangkan permintaan bahan bakar.

Sebagai contoh, Jerman, ekonomi keempat terbesar di dunia, merancang melaksanakan sekatan pergerakan lebih ketat untuk membendung penularan virus tersebut. MG



Perlu fokus lima perkara, Najib beri Idea pacu ekonomi Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker