‘Call room’ pernah jadi mimpi ngeri bekas raja pecut Asia Tenggara

Kegagalan meraih pingat hanya disebabkan oleh isu teknikal mahupun peraturan sudah pasti melukakan hati buat para atlet yang sudah bertungkus-lumus mempersiapkan diri tambahan pula dirinya menjadi pilihan utama merangkul emas.

Itulah nasib yang menimpa jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkifli yang secara sah dinafikan pingat emas dalam Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Puncanya seperti yang dinyatakan Olahraga Para Dunia adalah Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia terlewat melaporkan diri di Call Room.

Difahamkan Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit.

Bagaimanapun, Ziyad bukan satu-satunya atlet dari Malaysia yang pernah berdepan dengan situasi berkenaan.

Sekitar 23 tahun lalu, seorang atlet remaja negara berusia 17 tahun turut dinafikan untuk beraksi di pentas final walaupun dia diletakkan sebagai calon utama untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Remaja Dunia Moscow 1998.

Atlet itu merupakan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad.

Mengenang kembali detik yang mengecewakan buat dirinya itu, dia hanya tinggal selangkah untuk meraih pingat emas sulungnya di pentas dunia.

‘Call Room’ menjadi mimpi ngeri buat Nazmizan sama seperti Ziyad.

 

Aksi Ziyad ketika bertanding dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik pada Selasa.
Aksi Ziyad ketika bertanding dalam acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik pada Selasa.

 

Nazmizan ketika itu layak ke pentas final sebagai pilihan utama untuk merangkul pingat emas.

“Call room ini seperti tempat pendaftaran. Saya tidak membuat pendaftaran Call Room pertama. Waktu itu saya cirit-birit. Jadi saya selesaikan masalah saya dulu dan saya terus keluar panaskan badan.

“Ketika itu baru saya sedar, saya tidak lapor diri. Saya pergi ke Call Room pertama tetapi dimaklumkan pegawai sudah hantar pendaftaran ke Call Room kedua dan pegawai di situ sahkan pendaftaran saya.

“Call Room ketiga turut disahkan pendaftaran saya tetapi bila nak masuk berlari, saya tidak dapat sertai sebab saya tidak mendaftar di Call Room pertama,” kongsinya kepada Sinar Premium pada Rabu.

Apa yang berlaku itu kata Nazmizan cukup melukakan hatinya.

“Terus terang saya katakan, saya menangis sepuas-puasnya. Saya ketika itu berada dalam prestasi terbaik untuk emas.

“Hanya kesilapan teknikal, peluang saya berakhir,” katanya.

Pun begitu, kegagalannya itu dijadikan sebagai pengajaran dan pemangkin untuk dirinya terus berjaya.

Lima tahun kemudian, ketika berusia 22 tahun, Nazmizan muncul sebagai raja pecut Asia Tenggara dalam acara 100 meter (m) dalam Sukan SEA 2003 di Hanoi.

Kejayaannya itu menamatkan penantian 36 tahun negara merangkul emas 100m selepas kali terakhir dimenangi G Rajalingam pada Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara) 1967 di Bangkok.

Lebih membanggakan, anak jati Terengganu itu turut merangkul pingat emas dalam acara 200m.

Bagaimanapun menurut Nazmizan, kekecewaan yang dia hadapi tidak sehebat Ziyad.

Ini kerana katanya, Ziyad dibenarkan bertanding walaupun lewat mendaftar di Call Room.

“Saya tidak dapat bertanding tetapi Ziyad bukan sekadar boleh melontar malah turut memecahkan rekod dunia melalui lontaran 17.94m.

“Sudah pasti emas miliknya, tetapi kemudiannya dinafikan. Sebab itu kekecewaan saya tidak seperti Ziyad,” katanya.

Biarpun begitu Nazmizan yakin apa yang berlaku terhadap Ziyad akan menjadi pemangkin buat dirinya bagi tahun-tahun mendatang.

“Apa yang berlaku itu menjadikan satu suntikan semangat buat Ziyad bagi mengharungi tahun 2022 dan seterusnya Paralimpik Paris 2024. Ini adalah satu motivasi yang tinggi untuk Ziyad terus bersinar.

“Kalau kita nak bercakap mengenai peraturan, semua itu tidak boleh dijadikan isu. Kita perlu kehadapan dan berfikiran positif. Kalau kita bercakap isu yang sama, keputusannya tetap sama,” katanya.

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Tentera Bawang Negara’ telah bertindak selepas Emas Ziyad dibatalkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker