Rakyat Malaysia disabit bersalah manipulasi pasaran terbesar di Singapura

Rakyat Malaysia disabit bersalah manipulasi pasaran terbesar di Singapura

Rakyat Malaysia Soh Chee Wen dan Quah Su-Ling, hari ini, disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana memanipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan melibatkan saham Blumont Group Ltd, Asiasons Capital Ltd, dan LionGold Corp Ltd.

Menurut kenyataan bersama polis dan penguasa kewangan Singapura, hari ini, Soh dan Quah masing-masing disabitkan dengan 180 dan 169 pertuduhan.



Kedua-duanya didakwa pada 25 Nov 2016 bawah Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan dan Kanun Keseksaan kerana memanipulasi pasaran dan harga tiga saham antara Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Soh juga didakwa bawah Akta Syarikat.

Mahkamah Tinggi mendapati Soh dan Quah melakukan konspirasi dengan mengawal dan menggunakan 187 akaun dagangan milik 58 individu dan penama korporat (akaun terkawal).

“Ini adalah kes manipulasi pasaran terbesar dalam sejarah Singapura,” menurut kenyataan itu.



Hukuman ke atas kedua-dua pesalah akan ditentukan kemudian.

Tertuduh ketiga, Goh Hin Calm, sebelum itu disabitkan bersalah pada 20 Mac 2019.

Goh, yang bersubahat mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 197 Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan kerana dengan sengaja membantu kedua-dua mereka melakukan penipuan berhubung pasaran saham Blumont dan Asiasons antara 18 Mac 2013 dan 3 Okt 2013.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.



Empat pertuduhan sama turut diambil kira bagi tujuan menjatuhkan hukuman. FMT

Rakyat Malaysia disabit bersalah manipulasi pasaran terbesar di Singapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker