Limau tak laku, mercun laku keras pula

Limau tak laku, mercun laku keras pula

Berbaki dua hari menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, namun penjualan “buah bertuah”- limau mandarin didakwa ‘tidak sekencang’ dahulu meskipun harganya kini lebih murah berbanding tahun lalu, menurut peniaga.

Seorang peniaga Bukit Jalil, Lau Ming Hui, 58, berkata harga buah yang mengikut kepercayaan orang Cina itu boleh membawa nasib baik menurun di antara 10 hingga 20% susulan peningkatan bekalan dari negara sumber, China.



Cuaca baik di republik itu meningkatkan tuaian limau mandarin yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina.

Lau memberikan contoh untuk limau bersaiz XL, harganya turun kepada RM30 sekotak yang mengandungi 20 biji berbanding RM40 sebelum ini.

“Walaupun harga menurun dan kualiti lebih baik berbanding tahun lalu, permintaan kali ini berkurangan sehingga hampir 40%.

“Tempahan daripada syarikat atau kilang pun berkurang. Kalau masih sunyi, terpaksa turun lagi harga untuk pastikan dapat jual habis,” katanya yang memulakan jualan pada 20 Jan lalu.



Pun begitu rata-rata penjual mercun pula mendapati permintaan meningkat. Walaupun harga mercun mahal masih ramai yang membelinya.

Perkara ini boleh dilihat apabila menjelang Tahun Baru Cina nanti kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami ‘jerebu’ akibat pembayaran mercun.

Jalan-jalan di sekitar kawasan perumahan pula akan menjadi kotor dengan kesan pembayaran mercun.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengharamkan penjualan mercun. Sekurang-kurangnya limau akan menjadi lebih laku dan tiada lagi pencemaran alam dan pencemaran bunyi ketika Tahun Baru Cina nanti.



Limau tak laku, mercun laku keras pula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker