Jersi Ikonik ‘Hand of God’ Maradona Dijual Kepada Pembida Misteri Pada Harga RM38.4 Juta

Jersi Ikonik ‘Hand of God’ Maradona Dijual Kepada Pembida Misteri Pada Harga RM38.4 Juta

JERSI ikonik yang dipakai oleh legenda yang diberi gelaran ‘Tangan Tuhan’ (Hand of God), Diego Maradona, berjaya dijual dengan harga lebih £7 juta (RM38.4 juta) dalam satu lelongan.

Legenda Argentina itu memakai jersi tersebut apabila dia menjaringkan gol dengan tangannya melepasi Peter Shilton pada Piala Dunia 1986 di Mexico.

Maradona bertukar jersi dengan pemain England, Steve Hodge dan ia kini telah dijual pada harga RM38.4 juta selepas lelongan selama sebulan diadakan oleh Sotheby’s.

Ia menjadikannya sebagai baju termahal yang pernah dijual.

Pembida tanpa nama memenangi lelongan tersebut, dengan bidaannya melepasi rekod sebelum ini iaitu £4.4 juta(RM24 juta), yang dibayar untuk jersi yang dipakai pemain New York Yankees, Babe Ruth pada 2019. – Dailystar

Jersi Ikonik ‘Hand of God’ Maradona Dijual Kepada Pembida Misteri Pada Harga RM38.4 Juta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker