Lembaga Disiplin UMNO Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li – Nazri

Lembaga Disiplin UMNO Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li – Nazri

Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak mengikut keputusan parti menyokong kerajaan hari ini yang diterajui UMNO, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mohamed Nazri menegaskan, lembaga disiplin itu juga perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li.

Tegas beliau, UMNO telah membuat keputusan untuk menyokong kerajaan sedia ada namun Tengku Razaleigh memilih untuk kekal berada di blok Bebas.
“Surat dia (Tengku Razaleigh) kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sudah cukup sebenarnya untuk kita mengambil tindakan terhadap dia, sebab dia tidak lagi menyokong kerajaan hari ini yang mana perdana menterinya daripada UMNO, melawan lah tu namanya.

“Itu masalah kita, kita takut untuk mengambil tindakan, ambil sahaja tindakan tidak kira siapa yang membuat kesalahan.

“Kita tengok dalam keadaan tertentu senang sahaja Lembaga Disiplin UMNO buang orang tertentu, tetapi bila kena pada Tengku Razaleigh, Lembaga Dsiplin UMNO takut nak ambil tindakan.

“Ini menyebabkan orang hilang keyakinan kepada UMNO. kena tegas lah. Apabila dia menulis surat kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat meminta untuk ubah kerusi dia (ke blok Bebas), itu satu kenyataan bahawa dia tidak lagi bersama dengan kita (UMNO). Itu saja,” katanya kepada Astro AWANI.

Pada 27 Julai tahun lalu, Tengku Razaleigh Hamzah memohon untuk menukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat ke blok bebas.

Perkara itu dinyatakan dalam surat rasmi yang dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertarikh 26 Julai 2021.

Tengku Razaleigh juga kini dilaporkan akan mengetuai gabungan kerjasama yang dinamakan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan dalam usaha menumbangkan kerajaan Pas pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15)

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menegaskan tindakan Tengku Razaleigh itu bersifat peribadi yang tidak mewakili UMNO Kelantan.

Malah Jazlan juga memaklumkan kepada media, tindakan Tengku Razaleigh itu akan dirujuk kepada pimpinan tertinggi UMNO.-AA

Lembaga Disiplin UMNO Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li – Nazri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker