KJ Lawat Dan Santuni Pesakit Kanak-Kanak Serta Petugas Sempena Aidilfitri

KJ Lawat Dan Santuni Pesakit Kanak-Kanak Serta Petugas Sempena Aidilfitri

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyantuni beberapa pesakit kanak-kanak dan petugas di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau pada masa sama, turut mendoakan supaya mereka tabah menghadapi ujian dan sembuh dengan segera.

Tambahnya, sambutan raya kali ini mungkin tidak semeriah yang diharapkan mereka.

ā€œAlhamdulillah tahun ini kita dapat pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

ā€œNamun bagi yang kurang sihat atau perlu bertugas, sambutan kali ini mungkin tidak semeriah yang diharapkan tetapi tetap bersyukur dengan keadaan yang dihadapi,ā€ katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairy turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan atas usaha dan pengorbanan mereka pada sambutan hari raya kali ini.

ā€œBuat para petugas barisan hadapan kesihatan dan petugas barisan hadapan lain, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkat usaha serta pengorbanan anda semua, perayaan-perayaan pada tahun ini termasuk Aidilfitri dapat diraikan di kampung halaman,ā€ ujarnya.-SH

KJ Lawat Dan Santuni Pesakit Kanak-Kanak Serta Petugas Sempena Aidilfitri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker