Gadis terjun sungai kerana putus cinta [VIDEO]

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja perempuan nekad terjun ke dalam sebatang sungai kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.

Rakaman menunjukkan seorang remaja perempuan terjun ke dalam sungai sambil menjerit dan menangis tanpa mahu dibantu penduduk sekitar.



Dia dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan disyaki putus cinta dengan teman lelakinya.

View this post on Instagram

A post shared by TERANG MEDIA (@terangmedia)



“Punca kejadian masih belum diketahui. Menurut maklumat, dia menangis sambil menjerit nama teman lelakinya berkali-kali,’’ demikian kapsyen pada klip video berkenaan.

Penduduk setempat berkumpul di kawasan tersebut untuk memberikan bantuan, namun ditolak oleh mangsa. Sebaliknya, ada antara mereka yang merakamkan situasi berkenaan.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.



“Cinta tak selamanya indah dik,’’ tulis seorang netizen.

“Sampai begitu sekali, sayangi orang tuamu dik,’’ komen netizen lain. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker