Melancap dalam tren, lelaki gila seks ditangkap [VIDEO]



TANGKAP layar memamaparkan senario seorang lelaki beronani di dalam sebuah tren yang dipenuhi penumpang. – Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki yang melancap ketika menaiki sebuah tren yang sesak dengan penumpang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @ManusiaBiawak.

“Kejadian baru sahaja berlaku di hadapan saya. Hati-hati dengan orang ini,’’ demikian kapsyen pada ciapan berkenaan.

Rakaman menunjukkan seorang lelaki berkaca mata, berbaju putih dan memakai baju sejuk berwarna jingga sedang duduk di antara dua penumpang wanita.

Tangan kanannya dilihat memegang fail yang diletakkan di atas ribanya. Sebaliknya, tangan kiri lelaki itu dilihat sedang memegang kemaluannya.




Lelaki itu dilihat beronani sambil menutup kemaluannya menggunakan fail tersebut. Dia kelihatan tenang seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku.

Perakam video berkenaan menjadikan rakaman tersebut sebagai bukti untuk diserahkan kepada polis.

Menerusi ciapan yang sama, sekeping gambar dimuat naik memaparkan lelaki berkenaan sudah ditangkap polis.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen kerana lelaki berkenaan dikatakan tular sebelum ini kerana melakukan perkara yang sama di tempat awam.

“Lelaki ini selalu dilihat. Biasa dia naik tren sekitar pukul 10. Dia pakai baju dan topi yang sama,’’ komen seorang netizen. – Agensi




 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.