Santuni keluarga, sahabat handai Aidilfitri kali ini – Ismail
Santuni keluarga, sahabat handai Aidilfitri kali ini – Ismail
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru orang ramai mengambil peluang menyantuni ahli keluarga serta sahabat handai pada Aidilfitri yang akan disambut umat Islam esok.
Beliau berkata, ia ekoran pengumuman dibuatnya berkaitan pemberian tol percuma di sembilan lebuh raya termasuk laluan utara selatan dan pantai timur selain 21 lebuh raya turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.
“Ambillah peluang ini dan manfaatkanlah kelonggaran prosedur operasi standard Covid-19 mulai 1 Mei 2022 untuk menyantuni ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim.
“Luangkan masa mengunjungi rumah terbuk adan menziarahi pusara,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Aidilfitri 2022 di sini hari ini.
Beliau berkata, dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri orang ramai perlu memastikan untuk terus mengamalkan kawalan kendiri walaupun banyak kelonggaran telah diberikan demi keselamatan diri dan keluarga tercinta.
“Bagi anda yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, pandulah dengan penuh cermat dan berhemah agar sampai ke destinasi dengan selamat.
“Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam walau di mana anda berada,” katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri meluahkan rasa syukur kerana negara ini masih dilimpahi nikmat keamanan dan keharmonian hasil kestabilan politik serta kerjasama Keluarga Malaysia, meskipun dunia berdepan cabaran risiko geopolitik yang serius antaranya membabitkan konflik antara Rusia dan Ukraine, Palestin dan Israel .
Katanya, konflik itu perlu dijadikan iktibar dengan sebaiknya kerana jika krisis tersebut tidak dapat diselesaikan dengan segera, ia boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia.
“Justeru, saya menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia agar berpegang kepada konsep Tasamuh, yakni ajaran Islam yang menekankan tentang nilai toleransi dan kebersamaan selaras konsep Keluarga Malaysia.
“Tidak hanya urusan ibadah sahaja yang diatur oleh Islam, kehidupan sosial juga ada aturannya dan salah satunya adalah anjuran untuk bersikap tasamuh (toleransi) dalam bermasyarakat,” katanya. K Online
Santuni keluarga, sahabat handai Aidilfitri kali ini – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)