Jokowi minta Putin tamatkan operasi ketenteraan di Ukraine

Jokowi minta Putin tamatkan operasi ketenteraan di Ukraine

Jakarta: Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Rusia menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine yang memberi kesan negatif kepada pemulihan ekonomi dunia.

Joko Widodo menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin pada Khamis “menggariskan bahawa konflik mesti dihentikan serta-merta dan ruang untuk rundingan damai harus diberi keutamaan.”

“Indonesia bersedia menyumbang ke arah matlamat ini,” kata presiden itu.

Joko Widodo, juga dikenali mesra sebagai Jokowi, menerusi ciapan terbaharunya memaklumkan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan situasi di Ukraine serta kerjasama G20.

Jokowi juga menolak permintaan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy untuk bekalan senjata, sambil berkata permintaan itu bertentangan dengan dasar luar Indonesia.

Beliau bercakap dengan pemimpin Ukraine itu menerusi panggilan telefon pada petang Rabu.

Jokowi, menerusi siaran langsung semalam, berkata kedua-dua pemimpin Putin dan Zelenskyy sudah dijemput ke sidang kemuncak G20 pada November di Bali.

“Saya ingin menegaskan bahawa Indonesia berminat untuk menyatukan anggota G20. Tidak seharusnya ada perpecahan. Keamanan dan kestabilan adalah kunci kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi dunia,” katanya. HM

Jokowi minta Putin tamatkan operasi ketenteraan di Ukraine


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker