Peluang saksikan gerhana separa secara langsung Ahad ini

Peluang saksikan gerhana separa secara langsung Ahad ini

Penduduk Malaysia khususnya peminat astronomi berpeluang menyaksikan kejadian gerhana matahari separa secara langsung dari benua Antartika pada Ahad ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ia bakal disiarkan menerusi saluran Youtube dan Facebook rasmi Planetarium Negara bermula pukul 2.30 pagi.



“Siaran langsung ini akan beri peluang kepada rakyat Malaysia menyaksikan fenomena itu kerana kali ini ia tidak dapat disaksikan terus dari mana-mana lokasi di Malaysia.

“Fenomena itu juga merupakan kejadian gerhana yang pertama dalam tahun ini dan turut berlaku di sekitar wilayah rantau Amerika Selatan yang berhampiran Antartika,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, fenomena tersebut akan bermula dengan fasa separa pada pukul 2.45 pagi waktu Malaysia sebelum mencapai litupan maksimum menjelang 4.41 pagi dan ia dijangka berakhir 6.37 pagi.

“Ketika kemuncak kejadian berkenaan, litupan matahari secara maksimum akan mencecah sehingga 64 peratus namun bergantung kepada lokasi pencerapan di sekitar Kutub Selatan,” katanya.



Mengulas lebih lanjut, kementerian itu memaklumkan bahawa lokasi paling awal yang dapat menyaksikan fenomena gerhana separa tersebut ialah di sekitar tenggara Lautan Pasifik.

“Ini diikuti dengan sebahagian besar benua Antartika sebelum pergerakannya menuju ke arah benua Amerika Selatan dan berakhir di sebahagian Lautan Atlantik,” tambahnya lagi.

Kejadian alamiah itu berlaku kira-kira 4.7 hari lagi sebelum bulan berada pada kedudukan apogee iaitu titik orbit bulan yang paling jauh dari bumi dengan jaraknya 405,286 kilometer.

Magnitud gerhana matahari separa itu ujarnya, adalah 0.6396 dengan kadar maksimum dijangka dapat disaksikan di Drake Passage, kawasan antara Antartika dan Amerika Selatan. K Online



Peluang saksikan gerhana separa secara langsung Ahad ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker