Beli Kancil percuma kambing

Beli Kancil percuma kambing

Tindakan ‘marketing’ bijak seorang peniaga dengan menawarkan seekor kambing percuma kepada pembeli Perodua Kancil miliknya mengundang geli hati orang ramai.

Satu hantaran di Facebook Pasir Puteh Kini, seorang penjual kereta Perodua Kancil dengan harga RM3, 600 telah menawarkan seekor kambing sebagai hadiah percuma kepada pembeli.



Cara ‘marketing’ tersebut jarang dilakukan, namun ramai yang telah berminat dengan tawaran yang dinyatakan oleh penjual itu.

Rata-rata orang ramai memuji cara yang dilakukan penjual itu dan menyifatkan cara tersebut bijak bagi me’laku’kan kereta jualannya itu.

“Nak jual kereta sahaja takut tak laku, dia baginya seekor kambing. Bagi aku dah murah tu kambing pun dah berapa sekarang ni.

“Bijak juga dia ni, belajar marketing dekat mana la gamaknya. Hebat anak Melayu,” jelas Fikri Nazim.



“Geli hati aku dengan cara dia ni jual kereta, tapi memang menarik perhatian kita la cara dia ni.

“Dah beli kereta tu alang-alang dapat kambing boleh la buat kenduri doa selamat kan,” kata Mat Izami TM. K Online

Beli Kancil percuma kambing


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker