Air Kelantan apa jadi? Nak padam rumah terbakar, tak ada air – Husam

Air Kelantan apa jadi? Nak padam rumah terbakar, tak ada air – Husam

Bekas anggota exco kanan negeri Husam Musa menyoal Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengenai kejadian didakwa bekalan ‘air terputus’ dalam kejadian memadam kebakaran.

Ini selepas penduduk tempatan mendakwa kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya lima buah rumah di Berek 12, Kota Bharu, Kelantan tidak dapat terkawal kerana kekurangan bekalan air.

Penduduk di Berek 12 sebelum ini mendakwa sudah 11 hari mereka tidak mendapat bekalan air ketika kebakaran itu berlaku, menyebabkan pihak bomba menghadapi kesukaran untuk menanganinya.

“Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 – beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah – adalah satu kejadian yang menyayat hati,” kata Husam pada satu kenyataan hari ini.

“Peristiwa kebakaran yang gagal diselamatkan kerana tekanan air yang rendah atau ketiadaan air dan kemarahan membuak rakyat jelata yang lama menderita – sepatutnya menjadi titik berfikir semua rakyat Kelantan.

“Mengkaji punca kegagalan AKSB dalam tugas mereka secara khusus dan kegagalan berterusan Kerajaan Negeri pimpinan Pas.

“Ditambah menteri air kerajaan pusat (Tuan Ibrahim Tuan Man) juga dari PAS.

“Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Wan Hassan Mohd Ramli) juga adalah seorang ahli parlimen PAS (Dungun),” kata Husam.

Sungguhpun begitu, dia berkata sudah lama timbul isu berkaitan bekalan air dan kualiti air di Kelantan, katanya.

Pada 28 April lalu, sekurang-kurangnya lima rumah di Berek 12, Kota Bharu hangus sepenuhnya dijilat api akibat terkena mercun dalam kejadian 9.35 pagi itu. Empat lagi rumah turut mengalami kerosakan pada sebahagian struktur.

Terdapat cadangan untuk merombak pengurusan AKSB termasuk daripada penyokong PAS sendiri, kata Husam, tetapi tiada jaminan ia akan menyelesaikan isu tersebut kerana puncanya masih belum diketahui.

“Cadangan itu adalah jalan pintas untuk mengalihkan kemarahan rakyat bagi tujuan politik.

“Dengan rombakan pengurusan semata-mata, AKSB masih di bawah kelolaan pemimpin kerajaan negeri,” katanya..

Antara punca isu air yang berpotensi berlaku, Husam berkata mungkin terdapat unsur salah guna kuasa.

Husam sebelum ini menuduh AKSB menyalahgunakan kuasa dan seterusnya disaman kerana memfitnah. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak saman itu.

“Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yang tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah menubuhkan sebuah suruhanjay siasatan yang bebas.

“Jika kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti – itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.

“Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yang menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.

“Tanpa siasatan terperinci yang bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.

“Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar kerajaan yang ada sekarang bila tiba masanya.

“Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan suruhanjaya berkenaan dengan serta merta,” katanya lagi. Mk

Air Kelantan apa jadi? Nak padam rumah terbakar, tak ada air – Husam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker