Mitsubishi antara tiga jenama bukan nasional terlaris
Mitsubishi antara tiga jenama bukan nasional terlaris
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, merekodkan peningkatan 66 peratus jualan kenderaan pada tahun kewangan 2021yang berakhir 31 Mac 2022 kepada 19,217 unit berbanding tahun kewangan sebelumnya.
Pencapaian itu meletakkan syarikat automotif dari Jepun itu dengan selesa dalam tiga tempat teratas kategori automotif bukan nasional.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, berkata pihaknya merekodkan peningkatan jualan yang amat menggalakkan di sebalik penyusutan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 6.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun kewangan 2020 dari April 2020- Mac 2021.
Katanya, Mitsubishi Xpander terus mendominasi segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional di Malaysia, dan juga menerajui jualan untuk jenama Mitsubishi Motors.
“Kenderaan crossover tujuh tempat duduk ini menutup tahun kewangan dengan penjualan 9,065 unit, menyumbang 47.2 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan syarikat.
“Trak pikap Mitsubishi Triton juga mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh hampir 21.4 peratus dan kekal sebagai salah satu pilihan kegemaran dalam segmen trak pikap walaupun berdepan persaingan daripada pesaingnya yang baru dilancarkan.
“Mitsubishi Motors menjual 9,420 unit Triton pada tahun kewangan 2021 iaitu peningkatan 24 peratus berbanding TK20,” katanya dalam satu kenyataan.
Ikeda berkata, secara umumnya, dua tahun lalu adalah sukar bagi industri automotif, bukan sahaja dengan peningkatan kes Omicron tetapi banjir yang menjejaskan Lembah Klang dan wilayah Pantai Timur, serta kekurangan alat ganti atau cip.
“Banyak halangan yang perlu diatasi oleh industri, justeru untuk prestasi jualan berkembang adalah kejayaan yang ketara bagi kami. MMM mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memula dan melanjutkan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) beberapa tahun kebelakangan ini.
“Dengan ini, pelanggan boleh menikmati penjimatan tambahan sambil ia juga memberi kami masa untuk memenuhi semua tempahan tempahan yang dibuat. ” katanya.
Beliau menambah, syarikat akan terus membuat maju ke hadapan dengan momentum yang kukuh untuk 2022.
“Kami sedar bahawa sebilangan besar pelanggan menyasarkan untuk membeli kereta sebelum pengecualian SST tamat pada akhir Jun.
“Kami meneruskan usaha terbaik untuk memenuhi jumlah tempahan dan telah meningkatkan kapasiti pengeluaran sambil mengekalkan tahap kualiti produk yang tinggi.
“Pelanggan yang meletakkan kami di sini, justeru memberikan kemudahan dan keyakinan sepenuhnya terhadap jenama ini adalah keutamaan kami,” katanya. BH
Mitsubishi antara tiga jenama bukan nasional terlaris
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui