Pas dan Bersatu Kelantan sudah bincang agihan kerusi PRU-15

Pas dan Bersatu Kelantan sudah bincang agihan kerusi PRU-15

Parti Bersatu dan PAS Kelantan telah mengadakan perbincangan di peringkat negeri berhubung pengagihan kerusi, bagi kedua parti politik itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Bersatu Kelantan Datuk Kamaruddin Md Nor berkata hasil perbincangan itu, pihaknya telah memutuskan untuk mengekalkan kerusi masing-masing yang dimenangi kedua-dua parti itu pada PRU sebelum ini.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu akan dibuat peringkat pusat, hasil cadangan yang dikemukakan oleh kedua-dua parti di peringkat negeri.

“Bagi kerusi yang dimenangi UMNO pada PRU14, membabitkan tiga kerusi Parlimen dan tujuh DUN kita akan runding dan bincang kawasan mana BERSATU dan PAS, sebelum dibawa ke peringkat pusat.

“Manakala untuk kerusi yang belum diputuskan, pertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu dengan melihat potensi calon dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra dan berbuka puasa Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bersama pengamal media Kelantan, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga Pengerusi Lembaga KADA berkata tidak mustahil juga sekiranya Bersatu meletakkan calon di kerusi yang disandang PAS, disebabkan faktor timbal balas dan berharap partinya akan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15 nanti. MG

Pas dan Bersatu Kelantan sudah bincang agihan kerusi PRU-15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker