Majikan dilarang potong gaji, elaun pekerja BDR
Majikan dilarang potong gaji, elaun pekerja BDR
Dasar gaji negara tidak membenarkan pemotongan bagi gaji atau elaun pekerja yang bekerja dari rumah (BDR), kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata, pemotongan gaji tidak boleh dilakukan dan tidak sepatutnya berlaku.
“Hari ini tiada halangan, majikan boleh minta mereka masuk ke pejabat, maknanya tidak boleh mana-mana pihak kerja dari rumah tanpa persetujuan majikan.
“Jika majikan membenarkan BDR, maka tidak patutlah mereka potong gaji. Kalau majikan tidak setuju dengan pekerja bekerja dari rumah, mereka boleh meminta mereka datang ke pejabat. Jangan kita bagi kebenaran, kita pula potong gaji,” katanya selepas majlis berbuka puasa di sini, hari ini.
Beliau mengulas laporan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang melihat kewajaran majikan memberikan gaji lebih kecil termasuk memotong elaun perjalanan jika pekerja memilih untuk BDR.
Pengarah Eksekutifnya, Shamsuddin Bardan dilaporkan berkata, ada pekerja yang bersetuju dengan langkah berkenaan susulan bekerja dari rumah sudah menjimatkan kos pergi dan balik dari tempat kerja. BH
Majikan dilarang potong gaji, elaun pekerja BDR
Baca Artikel Menarik:
- Tujuh beradik yatim piatu enggan pindah, rindu kubur ibu bapa
- Airmata Nagaenthran mengalir buat kali terakhir
- Tak Sangka Amerika Syarikat Antara 55 Negara ‘Gilakan’ Mi Segera, Agak Malaysia Ke Berapa?
- Sakan beraya jangan sampai gadai nyawa
- Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup
- Parti Khianat! Amanah syukur PAS tidak sertai khemah besar
- LHDN kongsi 5 tip pastikan pengisytiharan cukai tepat
- Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis
- Tahanan dadah lolos, 6 polis direman
- Parti saya pun tak buat apa – Husam
- Anak Halim Othman Kekal Binti Abdullah
- Jangan Guna ‘Dummy Buckle’, Undang Maut Di Jalan Raya Dan Pakai Tali Pinggang Keledar-Miros
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui
You must be logged in to post a comment.