Seorang maut, 7 cedera kemalangan di Sitiawan

Seorang maut, 7 cedera kemalangan di Sitiawan

Seorang wanita maut, manakala tujuh cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Kayan di Sitiawan, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan menerima panggilan mengenai insiden itu pada jam 5.32 petang.

“Kemalangan itu membabitkan pertembungan dua kenderaan iaitu kereta PROTON Persona dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.

“Kemalangan itu menyebabkan empat mangsa iaitu seorang lelaki dan dua kanak-kanak lelaki yang menaiki PROTON Persona cedera, manakala seorang penumpang kereta itu maut dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, dua lelaki dan dua wanita yang menaiki pacuan empat roda itu turut cedera.

Katanya, semua mangsa dibawa ke Hospital Manjung untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.24 malam tadi. BH

Seorang maut, 7 cedera kemalangan di Sitiawan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker