Tapak pelupusan mercun di Sentul terbakar (Video)



Tapak pelupusan mercun di Sentul terbakar (Video)

Tapak pelupusan mercun di Sentul Work, Kuala Lumpur, terbakar dalam kejadian kira-kira 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan operasi pemadaman dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Katanya, terdapat mangsa dalam kejadian tersebut namun belum dapat dipastikan kecederaan yang dialami.

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila beberapa keping gambar dan video dimuat naik dengan memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan bagi melihat kejadian dan kedengaran bunyi dentuman mercun dalam video berdurasi tiga minit 32 saat.




Warganet turut berkongsi mereka turut merasai gegaran susulan letupan kuat mercun itu.

Kepulan asap dapat dilihat di sekitar Sentul susulan letupan dengan kejadian mendapat perhatian warganet membabitkan bunyi letupan di kawasan kejadian.

“Tak pernah mendengar bunyi (kuat) seumur hidup. Adakah itu gempa bumi? Adakah guruh? Letupan bom? Dimaklumkan akibat mercun meletup,” kata @shalinisgrid, di Twitter.

Selain itu, beberapa video berkaitan insiden kelihatan di Facebook dan Twitter dengan seorang pengguna, @xnxthxrmxthxr95 memaparkan mercun masih lagi meletup dengan asap berkepul.

“Deretan kenderaan di Sentul ketika ini terbakar susulan letupan mercun. Letupan kedengaran cukup kuat,” katanya dalam ciapan di media sosial itu. FMT




Tapak pelupusan mercun di Sentul terbakar (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.