Pekerja putus tangan kiri tersepit mesin pemecah batu



Pekerja putus tangan kiri tersepit mesin pemecah batu

KUANTAN: Malang menimpa seorang pekerja apabila tangan kirinya terputus akibat tersepit pada mesin pemecah batu dalam kejadian dipercayai berlaku di tapak kuari di Keratong Timur, Rompin, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.20 pagi tadi.

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sejurus tiba bomba mendapati tangan lelaki tempatan berusia 51 tahun itu terputus dari paras siku dan melekat pada mesin ketika sedang membersihkan alatan berkenaan.




“Mangsa dibawa ke hospital oleh majikannya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan melakukan kerja mengeluarkan tangan yang terputus itu.

“Operasi mengeluarkan tangan itu dilakukan dengan melonggarkan ‘belting’ mesin sebelum menyerahkan tangan mangsa kepada majikan untuk dihantar ke hospital,” katanya. FMT

Pekerja putus tangan kiri tersepit mesin pemecah batu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Leave a Reply

Your email address will not be published.