Bagaimana Mengetahui Status Taubat Sama Ada Diterima Atau Tidak?
Bagaimana Mengetahui Status Taubat Sama Ada Diterima Atau Tidak?
“Ya Allah aku bersalah kepada Mu atas segala kesilapan ku yang lalu. Ya Allah terimalah taubat ku sesungguhnya aku lalai dari mengingati Mu.”
Puas sudah air mata ini mengalir, menyesali segala perbuatan yang dilakukan. Setiap masa dihabiskan dengan memohon keampunan dari Allah. Adakah Allah terima taubat ku ini? Bagaimana untuk aku mengetahui keampunan Mu Ya Allah? Cukup kah hanya sekadar solat, zikir dan berdoa? Atau perlu aku korbankan segalanya untuk Engkau terima taubat ku?
Sering kali timbul pertanyaan di dalam hati tatkala melakukan taubat, adakah taubat yang kita lakukan ini diterima atau tidak. Jika diterima apa tandanya, dan jika tidak diterima, adakah taubat yang kita lakukan ini, masih belum mencukupi.
Apatah lagi di dalam 10 hari terakhir Ramadan ini adalah waktu yang paling mustajab memohon keampunan dari Allah kerana terdapat di malamnya satu malam yang disebut lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan.
Sememangnya cukup mudah mengukur tahap penerimaan maaf dari seorang insan, andai ada kesalahan yang kita lakukan. Bila mana orang tersebut masih mahu bergaul mesra dengan kita, maka itu sudah mencukupi untuk mengukur tahap maaf darinya. Atau juga, jika si isteri sanggup menerima kembali si suami yang telah menceraikannya, maka itu juga boleh dijadikan kayu pengukur tanda maaf darinya.
Namun begitu, dalam konteks taubat kepada Allah, bagaimana pula untuk menentukan tahap pengampunan itu, diterima atau tidak. Kita mungkin pernah mendengar, atau membaca kisah-kisah pengalaman seseorang, yang diberi ujian sewaktu menunaikan haji di Mekah. Mereka bukan sahaja diberi ujian, bahkan turut mendapat hukuman secara tunai, andainya ada kesilapan yang mereka lakukan.
Contohnya, kisah seseorang yang sesat jalan untuk pulang ke hotel penginapan, gara-gara takbur dalam tutur katanya. Laluan yang biasa digunakan untuk berulang alik dari hotel ke Masjidilharam, menjadi asing secara tiba-tiba. Puas mencari dan bertanya, namun gagal juga ditemui. Tetapi, selepas melakukan solat taubat, dan memohon keampunan kepada Allah atas sikapnya itu, dengan mudahnya dia dapat kembali semula ke hotel.
Itu yang berlaku di Tanah Haram, atas kapasitinya sebagai tempat yang mulia. Bagaimana pula bagi mereka yang tinggal di luar Tanah Haram? Sudah pastinya sukar untuk menentukan taubat yang dilakukan itu diterima atau tidak.
Merungkaikan persoalan di atas, menurut Dr. Abdul Rahman Mahmood, dalam Islam, taubat bukan hanya dilakukan dengan solat sunat taubat atau beristighfar sahaja, tetapi taubat yang dilakukan perlu dilengkapi dengan lima rukun yang asas iaitu:
Pertama: Taubat tersebut mestilah terhasil melalui penyesalan yang sebenar-benarnya. Penyesalan itu terbit dari hati yang ikhlas, dengan perasaan takut terhadap azab Allah.
Kedua: Perlu meninggalkan dosa tersebut, dengan tidak mengulanginya kembali.
Ketiga: Hendaklah berazam dan bulat tekad, untuk tidak mengulangi kembali dosa tersebut.
Keempat: Jika dosa dan kesalahan yang dilakukan itu, melibatkan hak sesama manusia, maka hak tersebut perlu dikembalikan. Contohnya jika seseorang mencuri, maka hendaklah dia memulangkan kembali harta curian tersebut. Dan jika melakukan kezaliman, maka hendaklah kezaliman tersebut dikembalikan semula.
Secara mudahnya, peribahasa Melayu mengatakan “hutang darah dibalas darah jua.” Menurut Dr. Abdul Rahman, jika tidak dapat dibayar secara maknawi, haruslah meminta maaf kepada orang yang dizalimi, serta mengharapkan supaya dimaafkan, dan dihalalkan segala perbuatannya yang lalu.
Kelima: Dalam menentukan status taubat diterima atau tidak, hendaklah taubat yang diungkapkan itu dilakukan dalam masa yang dibenarkan. Bermakna, tidak boleh melakukan taubat apabila saat-saat keluarnya roh dari tubuh, iaitu ketika roh sudah berada di halkum. Jika dia bertaubat pada waktu tersebut, maka taubatnya tidak diterima dan sia-sia sahaja.
Apabila menjelang kematian, dan saat roh ingin keluar dari tubuh, Allah akan membuka hijab pandangannya, untuk melihat keadaan dirinya di akhirat. Oleh yang demikian, waktu tersebut sudah terlewat untuk menyatakan taubat. Jika lafaz taubat diungkap juga, walau sebanyak seribu kali, belum pasti Allah akan menerima taubatnya.
Para ulama sepakat menyatakan, setiap taubat yang dibuat oleh hamba dengan ikhlas, dan memenuhi syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, maka taubat tersebut diterima dengan seluas-luasnya.
Tambahnya lagi, “Dan setiap taubat itu pula perlu dibuat secara berasingan, mengikut dosa yang telah dilakukan. Jika dia melakukan dosa zina, maka taubat yang dilakukan adalah tertakluk, pada dosa tersebut sahaja. Tidak boleh melakukan taubat secara pakej atau umum, dan perlu dinyatakan, atau diniatkan taubat mengikut dosa apa yang telah dilakukan.”
Akan tetapi, jika tidak mengetahui atau menyedari dosa tersebut, maka boleh dilakukan taubat itu secara umum.
Beza Tanah Haram
Merungkaikan pula situasi yang berlaku di Tanah Haram, menurut Dr. Abdul Rahman, Tanah Haram merupakan tempat yang suci, oleh itu dosa dan pahala yang dilakukan adalah berganda berbanding luar Tanah Haram.
Maka dengan sebab itulah, kita lihat setiap kesalahan yang dilakukan ketika berada di sana, dibayar dengan tunai. Begitu juga dengan taubat kepada Allah turut mendapat pengampunan secara tunai juga. Oleh itu, tidak mustahil berlaku situasi, status taubat itu jelas kelihatan berbanding di luar Tanah Haram.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya, taubat itu bukan hanya dilafazkan di mulut sahaja, akan tetapi orang yang bertaubat ini, disusuli dengan perbuatan dan tingkah laku yang ikhlas kepada Allah, hatinya sentiasa membara dengan perasaan mengharapkan keredaan Allah, dan takut kepada seksaan Allah.
Semoga Ramadan ini menjadikan kita hamba yang berbeza dengan sebelumnya dan selepas berakhirnya Ramadan kita tidak mengulangi lagi segala dosa maksiat yang kita lakukan sebelum ini. Kekal istiqamah dengan menjauhkan dosa maksiat, itulah tanda status taubat kita diterima. Wallahu a’lam utv
Bagaimana Mengetahui Status Taubat Sama Ada Diterima Atau Tidak?
Baca Artikel Menarik:
- Aliff Syukri hadir beri keterangan kepada SKMM
- Gempa bumi landa Kundasang
- Banduan paling berbahaya di Britain dibenar bela burung
- Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang
- UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh
- TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor
- Pemuda UMNO gesa segera siasat hakim perbicaraan Najib
- Pakej rawatan muka RM20,000 laris menjelang Syawal
- Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda
- Bapa cekik rakan sekelas anak
- Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut
- Jiran gila lempar 7 bom tangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)
Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan
You must be logged in to post a comment.