Lah imamkan solat jenazah Mak Tok

Lah imamkan solat jenazah Mak Tok

Walaupun reda, penyanyi, Lah Ahmad gagal menahan air mata apabila terkenang pemergian neneknya, Meriam Ahmad atau dipanggilnya Mak Tok yang meninggal dunia pada usia 102 tahun, pagi semalam.

Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, 43, berkata, dia bagaimanapun lega menjadi insan berada di sisi Allahyarham untuk kali terakhir serta urusan pengebumian dan mengimamkan solat jenazah.



“Kami berasa kehilangan insan paling penting sebab dia satu-satunya orang tua yang terakhir dalam keluarga. Selepas ayah meninggal dunia, Mak Tok tinggal dengan kami sejak saya berusia tiga tahun.

“Tak pernah sekalipun dia marah. Apabila dia tengok saya pakai jeans koyak, dia terus buang tanpa marah-marah. Dia banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang baik mengaji surah Al-Insyirah dan tertib dan solat.

“Kami reda, malah kami sekeluarga juga sudah bersedia sekiranya Mak Tok dijemput Ilahi pada bila-bila masa. Saya memang dah lama berniat nak mengimamkan solat jenazah Mak Tok,” katanya pada sidang media pengumuman Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Penyanyi lagu Ayu itu mengakui kebelakangan ini Allahyarham memang ada menunjukkan beberapa petanda pelik. Justeru, dia sendiri pun sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.



“Dia tak ada penyakit pun tapi sejak pandemik lalu, biasalah orang tua kan sudah sakit-sakit lutut. Saya kalau nak keluar pun sentiasa beringat untuk berpakaian sopan.

“Risau nanti kalau saya pakai baju band Metallica misalnya, bagaimana nak mengimamkan arwah nanti? Bimbang saya menerima berita buruk,” katanya.

Konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta anjuran Rubbertapper Production House bakal berlangsung di Istana Budaya pada 7 Oktober ini.

Lah berkata, dia bakal menyajikan lebih 20 lagu yang turut diiringi Orkestra Simfoni Universiti Malaya.



“Awal tahun lalu saya pernah tampil dengan konsert solo namun kali ini kapasitinya lebih besar. Jadi saya harap dapat memenuhi permintaan peminat yang memberikan sepenuh sokongan sepanjang karier,” katanya. HM

Lah imamkan solat jenazah Mak Tok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker