Resepi Ayam Percik Tiga Generasi Laku Keras, 250 Batang Sehari Memang Tak Cukup

Resepi Ayam Percik Tiga Generasi Laku Keras, 250 Batang Sehari Memang Tak Cukup

AYAM percik antara juadah berbuka puasa yang cukup digemari ramai.

Di Port Dickson, Negeri Sembilan, ayam percik yang diusahakan Nurul Ismaliza Abdul Malik di Bazar Ramadan Teluk Kemang memang menjadi buruan ramai hingga terjual hampir 250 batang sehari.

Menurut peniaga berusia 41 tahun itu, resipi warisan keluarga tiga generasi menjadikan makanannya laris setiap hari.

“Cara pembuatannya cukup mudah. Biasanya saya akan perap ayam dengan rempah istimewa selama lebih kurang 20 minit dan dibakar garing.

“Kemudian dicelup dengan kuah percik yang likat, pedas, manis dan berempah cukup rasa,” kata anak jati Port Dickson tersebut.

Berbanding di bazar Ramadan lain, harga jualan ayam perciknya juga jauh lebih murah iaitu hanya RM4 sahaja.

“Memang saya sudah niat untuk mengekalkan kadar lama walaupun ramai peniaga berdepan kenaikan harga ayam pada tahun ini. Saya cuma memikirkan bahawa rezeki yang ALLAH bagi, kita kongsi bersama.

“Sambil berniaga, bolehlah saya bersedekah dengan cara ini,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu yang sudah berniaga pelbagai jenis makanan sejak lebih 20 tahun lalu.

Selain ayam percik menjadi rebutan, sosej, bebola ayam, tongkeng, hempedal, hati dan paru lembuyang percik turut dijual pada harga RM1 sahaja.

“Sambutan yang diterima setakat ini cukup menggalakkan apabila kesemua makanan habis terjual lebih awal.

“Saya pun tak sangka ayam percik tidak cukup untuk menampung permintaan pelanggan, mungkin selepas ini akan menambah stok terutamanya pada hujung minggu,” ujarnya penuh ceria.

Nurul Ayam Percik

Alamat: Bazar Ramadan Teluk Kemang (hadapan Pasaraya Mesra), Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu operasi: 4 petang hingga 7 malam
Menu signatur: Ayam percik dan tongkeng ayam
Harga: Bermula RM1 hingga RM4
Facebook: Nurul Ismaliza

Resepi Ayam Percik Tiga Generasi Laku Keras, 250 Batang Sehari Memang Tak Cukup


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker