Arifah kritikal, hanya tunggu masa



Arifah kritikal, hanya tunggu masa

Pelakon veteran, Aripah Damanhuri, 73, kini ditidurkan di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru, sejak semalam.

Berita itu dimaklumkan anak bongsunya, Fais Nurpais Ismail.

Fais berkata, selepas ibunya tidak menunjukkan tanda-tanda responsif, sebelum mereka memanggil ambulans untuk membawanya ke HKL, pada malam Jumaat lalu.

“Doktor memaklumkan paras oksigen sudah menurun pada 80 peratus. Pada sebelah siang, oksigen masih pada tahap baik, sebanyak 99 peratus.




“Dan ketika ambulans tiba, paras oksigen mak menurun. Sampai di hospital, paras oksigen dan tekanan darah semakin rendah, jadi doktor memutuskan untuk menidurkan mak bagi memastikan paras oksigen semakin baik.

“Dalam masa sama, doktor cuba stabilkan tekanan darahnya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagaimanapun, Fais berkata, paras oksigen dan tekanan darah masih naik turun dan belum stabil.

Tambah Fais, mereka sekeluarga kini sedang menunggu perkembangan yang seterusnya.

“Setakat tinggalkan pada jam 2.30 pagi semalam, mak masih dalam wad peralihan dan ditidurkan.




“Namun, kakak, Ayu Zurina sudah menandatangani kebenaran untuk mak ditempatkan ke wad biasa dan kini sedang menunggu kekosongan.

“Selepas dipindahkan ke wad biasa, mak terus sambung bantuan pernafasan dan ubatan diberikan sejak memasuki zon kuning.

“Cuma, isteri memaklumkan doktor ada memberitahu, ubatan ini akan bertahan lebih kurang sehari dan selepas itu, kami perlu bersedia atas apa juga kemungkinan termasuklah pemergian mak.

“Insya-Allah, kami reda jika ini terbaik buatnya. Walaupun dalam hati masih mengharapkan kesembuhan, namun, Allah lebih mengetahui,” katanya.

Ekoran itu, Fais berkata, doktor memberikan dua pilihan kepada mereka sekeluarga.




“Pilihan pertama, mak dipindahkan ke wad biasa dengan ubatan yang sedia ada, agar ahli keluarga boleh melawat mak buat kali terakhir sebelum pergi selamanya.

“Atau pilihan kedua, buat dialisis untuk keluarkan semua toksin dalam badan, namun risiko jantung terhenti bila-bila masa adalah sangat tinggi.

“Kami adik-beradik putuskan pilihan pertama. Sebab kami tahu, mak sudah lama bersedia untuk pergi,” katanya.

Tambah Fais, mereka juga kena bersedia melepaskan ibu dan perlu reda dengan apa sahaja yang terjadi.

“Mungkin Allah sudah tetapkan bahagian mak di dunia hanya setakat ini. Jadi, hanya setakat ini sahajalah perjalanan mak.




“Biarlah mak pergi dengan aman jika benar inilah waktunya. Biarlah pemergian mak diiringi kasih sayang mereka yang menyayanginya.

“Semoga malaikat Allah mencatatkan betapa kami sudah berusaha sekadar mampu kami untuk kebaikan mak. Mungkin selepas 73 tahun, inilah masanya mak benar-benar berehat dari fitnah dunia,” katanya.

Walaupun begitu, Fais berkata, mereka tidak akan berhenti berharap Allah menyembuhkan ibu mereka.

Sebelum ini, Aripah pernah dua hingga tiga kali memasuki hospital. Kali terakhir, untuk rawatan sakit gout pada awal bulan ini.

Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai karier lakonan ibunya, Fais berkata ibunya sudah lama tidak berlakon.

“Sudah lebih kurang empat hingga lima tahun mak tidak berlakon. Sejak 2016, mak mengalami sakit badan, jadi kurang mengambil tawaran berlakon kerana tidak larat berjalan.

“Masanya banyak diisi dengan mengikuti program bersama rakan kawan artis dengan membabitkan program anjuran artis veteran dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN),” katanya. BH

Arifah kritikal, hanya tunggu masa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.