Sepasang kekasih curi emas beraya dalam penjara

Sepasang kekasih curi emas beraya dalam penjara

KUALA PILAH: Sepasang kekasih yang tular di media sosial Facebook selepas mencuri emas di sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah di sini dihukum enam bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Isnin.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Effendi Sanusi Gunarto, 24, dan Nur Sabrina Khairul, 22, selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama mencuri seutas gelang tangan emas jenis Dunhill seberat 36.76 gram milik sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah.

Perbuatan itu dilakukan di Kedai Emas Pilah, Jalan Dato Undang Johol, Kuala Pilah pada 8 April lepas, kira-kira jam 3.45 petang.
Berikutan itu tertuduh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala bagi kesalahan kali yang kedua atau kemudian boleh dikenakan penjara dan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah di sini pada 8 April lalu.

Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan, Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 8.18 malam daripada jurujual kedai berkenaan.

Difahamkan suspek yang berbadan gempal dan mempunyai kulit sawo matang berusia lingkungan usia 30 tahun telah melarikan seutas tangan emas berat 36.76 gram.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek telah dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri. Aw

Sepasang kekasih curi emas beraya dalam penjara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker