Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu

Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu

Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup selama tiga minggu bermula 25 April susulan kemalangan maut melibatkan seorang lelaki warga Pakistan ketika melakukan aktiviti luncur udara pada Sabtu.

Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa penutupan itu bagi memberi ruang kepada pemurnian semula prosedur operasi standard (SOP) supaya kejadian tersebut tidak berulang.

“Siasatan awal oleh pasukan siasatan khas MSAF mendapati ketika kejadian, cuaca berada dalam keadaan baik dan peralatan sukan luncur udara yang digunakan juga diselenggara serta berada dalam keadaan memuaskan.
“Bagaimanapun, pasukan siasatan khas MSAF mendapati terdapat ruang penambahbaikan terutamanya daripada sudut SOP di tapak sukan dan tindak cepat dalam usaha menyelamat pemain luncur udara,” kata Presiden MSAF Mohd Nurhaqimy Mohd Ismail.
Menurut MSAF, mangsa, Dr Muhammad Fahad Khalid, 44 tahun, merupakan pemegang lesen Juruterbang Lanjutan (PL2) berdaftar dan diperakui oleh MSAF serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 200 kali penerbangan sejak mula aktif pada tahun 2020.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter pada kira-kira jam 4.50 petang Sabtu di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa didapati patah kaki dan mengalami pendarahan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Menurut Ketua Polis Daerah Huru Selangor Supt Arsad Kamaruddin, payung terjun dikendalikannya hilang kawalan dan mangsa merempuh sebatang pokok dipercayai akibat masalah teknikal yang belum dikenal pasti, bukan akibat faktor cuaca dan angin-AA

Peluncur udara maut: Tapak sukan udara Kuala Kubu Bharu ditutup 3 minggu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker