Tetak 4 sekeluarga, lelaki positif dadah ditahan

Tetak 4 sekeluarga, lelaki positif dadah ditahan

KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang diburu selepas disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lalu, akhirnya ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah ladang nanas itu, ditahan di Jalan Persiaran Indahpura 4, Kulai pada 11.50 pagi tadi.

“Lelaki itu juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dalam saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya.

“Dia akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula esok hingga Rabu di Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Hussin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Sabtu lalu, Hussin dilaporkan berkata, polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak isterinya berusia 30-an, ibu mentua (50-an), adik ipar perempuan (30-an) serta adik ipar lelaki (16 tahun), menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa pada 7.11 malam Khamis, menyebabkan semua mangsa cedera parah.

Ketika kejadian, dua anak lelaki itu yang masing-masing berusia lima tahun dan dua bulan bersama isterinya tidak cedera. FMT

Tetak 4 sekeluarga, lelaki positif dadah ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker