Saya dipukul kerana tak mahu larikan diri – tahanan Rohingya

Saya dipukul kerana tak mahu larikan diri – tahanan Rohingya

Seorang tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah mendakwa dia dipukul sehingga lebam di muka kerana enggan melarikan diri dari sana.

Katanya, dia dipukul tahanan lain kerana enggan mengikut perusuh lain melarikan diri ketika rusuhan berlaku.



“Tahanan yang membuat kecoh tersebut merupakan mereka yang tidak memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Jumlah mereka terlalu ramai dan memaksa kami yang memiliki kad sah supaya turut melarikan diri beramai-ramai atau kami akan dipukul serta dicederakan,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas ditahan semula di Bandar Baharu, Kedah, hari ini.

Lelaki itu antara tiga tahanan Rohingya yang ditahan semula dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu sebelum dihantar ke depot imigresen untuk tindakan lanjut.

Seramai 528 tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, Kedah kira-kira 4.30 pagi tadi. Terdapat 664 tahanan di depot terbabit ketika itu.



Setakat ini, 385 daripadanya ditemui dan ditahan semula, termasuk enam yang maut ketika melintas lebuh raya dekat Jawi, Pulau Pinang.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, semua 528 tahanan itu ialah etnik Rohingya yang dipindahkan dari kem Wawasan Langkawi, selepas ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia pada 2020. FMT

Saya dipukul kerana tak mahu larikan diri – tahanan Rohingya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker