Nora Ariffin sayu dapat tahu Roslan Aziz hidap kanser

Nora Ariffin sayu dapat tahu Roslan Aziz hidap kanser

“Tolong, semoga kekal kuat Abang Lan.” Demikian titip penyanyi Datuk Nora Ariffin apabila mendapat tahu tentang berita duka menimpa penerbit dan jurutera muzik, Roslan Aziz yang menghidap kanser.

Roslan yang berumur 60 tahun disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat dan paling mendukacitakan apabila penerbit muzik itu memaklumkan bahawa jangka hayatnya untuk hidup hanya berbaki beberapa bulan saja lagi.

Kata Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, Roslan merupakan figura yang sangat hebat, disegani serta dihormati oleh semua rakan industri.

Malah lelaki itu jugalah yang membuka peluang untuknya berduet dengan penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid menerusi lagu Jentayu sehingga pernah meraih banyak anugerah besar.

“Saya tumpang sedih dan terpanggil apabila mendapat tahu Abang Lan sedang diuji dengan kanser. Allahuakbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri dan artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu,” katanya.

Tambah pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu, Jentayu merupakan lagu yang mendapat sentuhan arwah suaminya, Johan Nawawi dan lirik oleh Datuk Dr. Usman Awang serta menyaksikan Roslan bertindak selaku penerbit.

“Jentayu pernah memenangi beberapa anugerah besar di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996. Ramai yang tahu kejayaan dan kehebatan lagu Jentayu, nyanyian duet saya bersama Sheila dan arwah Johan.

“Hebat lagu ini. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif daripada saudara Roslan dan Johan. Roslan adalah penerbit untuk lagu ini. Kalau bukan kerana dia, tak mungkin saya dapat berduet dengan Shiela,” ucap Nora.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan laporan memaklumkan bahawa Roslan diuji menghidap kanser limfoma tahap empat dan beliau dijangka hanya dapat hidup selama enam bulan.

Roslan atau nama lengkapnya Roslan Abdul Aziz merupakan pengasas dan pemilik syarikat rakaman pertama di Malaysia, Roslan Aziz Productions (R.A.P) yang pernah menaungi artis-artis popular tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin dan Atilia Haron. K Online

Nora Ariffin sayu dapat tahu Roslan Aziz hidap kanser


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker