PAS Kuala Nerus pecat ketua penerangan kawasan



PAS Kuala Nerus pecat ketua penerangan kawasan

PAS Kuala Nerus memecat salah seorang pemimpin kawasan terbabit ekoran terkait dengan tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, yang meninggalkan parti berkenaan baru-baru ini.

Difahamkan surat pemecatan ke atas Raja Arizal Raja Arif selaku ketua penerangan PAS kawasan itu menggunakan istilah “digugurkan” dan ia dikeluarkan pada minggu lalu.

Raja Arizal ketika dihubungi mengesahkan pemecatan tersebut.

Menurutnya, tiada sebarang alasan atau sebab dinyatakan susulan pemecatan berkenaan namun dia bercadang untuk memberikan respon terhadap surat itu.




“Tiada alasan disebut dalam surat. Saya akan menjawab surat tersebut dalam waktu terdekat, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Shukrimun Shamsuddin turut mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai tindakan yang diambil itu.

Katanya, antara lain tindakan itu diambil kerana Raja Arizal dipercayai mempunyai kaitan atau hubungan individu terbabit dengan Khairuddin.

“Perkara ini berkait dengan wakil rakyat Kuala Nerus yang keluar parti dan dia (Raja Afizal) salah seorang pegawai yang berkhidmat dengan ahli parlimen.

“Jadi kita buat keputusan untuk gugurkannya daripada jawatan tersebut,” katanya kepada Malaysiakini.




Shukrimun juga mengesahkan surat tersebut dikeluarkan PAS Kuala Nerus pada minggu lalu dan berkuat kuasa serta-merta.

Sebagai rekod pada 14 Mac lalu, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengisytiharkan keluar PAS dan menjadi ahli parlimen bebas. Mk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.