Rakyat Mahu Nazlan Respons Terhadap Tuduhan Raja Petra

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT melihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa dengan begitu banyak pendakwaan yang tidak masuk akal. Perkara tersebut sudah tentu mencetuskan kegusaran dihati mereka.

Kini Raja Petra Kamarudin mendedahkan pula hakim yang terlibat dalam kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib tidak mempunyai merit dan kredibiliti untuk menghakimi kes beliau. Perkara ini mengundang kemarahan rakyat teramat sangat yang jika tidak ditangani dengan betul bakal mencetuskan gelombang tidak percaya terhadap institusi kehakiman negara lagi. Ini baru benar-benar “National Embarrasment”.



Menurut Raja Petra, dikatakan wang tunai RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybanknya adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk “perkhidmatan yang diberikan”. Apakah perkhidmatan ini dan memandangkan Jho Low dikaitkan dengan 1MDB adakah ini tidak menimbulkan konflik kepentingan yang serius?

Memetik artikel Malaysia Today, nampaknya kontroversi yang menyelubungi hakim dalam kes SRC International Najib Tun Razak, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, bukan hanya mengenai konflik kepentingannya yang tidak diisytiharkan. Kini terdapat siasatan berhubung wang RM1,036,127.40 yang tidak dapat dijelaskan yang sangat mencurigakan muncul dalam akaun Maybank Nazlan bernombor 564016720433.

Wang ini dikatakan masuk ke dalam akaun Nazlan semasa beliau menjadi “group general counsel” dan setiausaha syarikat Maybank. Dan disyaki ia terikat dengan keputusan yang dibuat Maybank untuk mewujudkan SRC International.

Menurut Raja Petra lagi, Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan bahawa cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib, sedangkan menurut hakim Nazlan dalam penghakiman bertulisnya bahawa mengapa beliau mendapati Najib bersalah kononnya Najib yang mahu akaun SRC dibuka.



Dalam penghakimannya, Nazlan berkata Najib mencipta SRC sebagai cara untuk mencuri wang 1MDB. Kini terbongkar bahawa cadangan penubuhan SRC datang dari Maybank dan bukannya dari Najib. Dan ini direkodkan dalam minit mesyuarat 1MDB.

Tarikh yuran “perkhidmatan yang diberikan” menjadikannya mustahil untuk Nazlan menafikan sebarang konflik kepentingan. Tarikh itu bertepatan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dan keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Malah menurut Raja Petra,  Hakim Nazlan adalah sebahagian besar daripada gerakan merompak wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. Turut terlibat dalam perkara ini adalah Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. Mereka semua terlibat dalam rompakan wang 1MDB. Dan Nazlan adalah sebahagian daripada kumpulan pencuri ini.

Jika berdasarkan kepada pendedahan Raja Petra itu, Nazlan bukan sahaja sepatutnya hilang kelayakan menjadi hakim kes SRC, malah perbicaraan itu harus diisytiharkan sebagai “mistrial” dan Nazlan harus ditangkap dan didakwa atas kesalahan rasuah.



Kini rakyat mempersoalkan mengapa Nazlan tidak dipanggil oleh SPRM untuk menjelaskan RM2 juta yang diterima daripada Jho Low? Nazlan dilihat melakukan konflik kepentingan bukan sahaja dalam perbicaraan SRC Najib tetapi juga dalam keputusan untuk mewujudkan SRC, dan keputusan berhubung pinjaman RM6.17 bilion dan pemerolehan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.

Dalam perkara ini, rakyat mahu Nazlan respons terhadap segala pendedahan yang telah dibuat oleh Raja Petra tersebut. Beliau bertanggungjawab menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Jika pendedahan tersebut tidak benar maka Nazlan perlu menafikan berserta bukti-bukti bagi meyakinkan rakyat.

Jika beliau tidak mampu menjelaskan kepada rakyat bersama bukti-bukti kukuh maka Nazlan dilihat sangat tidak layak untuk menjadi hakin kes SRC Datuk Seri Najib kerana keputusan beliau diragui dan berat sebelah.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker