PM yakin HIJRAH24 lonjak semula TH



PM yakin HIJRAH24 lonjak semula TH

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang dilancarkan hari ini dapat melonjakkan semula aktiviti perniagaan serta pelaburan Tabung Haji (TH) selepas pandemik Covid-19.

Beliau dalam masa yang sama optimis HIJRAH24 akan dapat memacu organisasi berkenaan dalam tiga tahun lagi bermula 2022 hingga 2024 sekaligus memastikan TH kekal berdaya saing.

“Saya juga yakin Tabung Haji telah mengenal pasti perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan norma baharu dan situasi terkini selain berdaya tahan dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian HIJRAH24 di Menara TH hari ini.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar.




Terdahulu Ismail Sabri berkata, TH menerusi HIJRAH24 menyasarkan peningkatan dana berjumlah RM100 bilion pada untuk tempoh dua tahun akan datang.

Tambahnya, pendeposit juga disasarkan akan bertambah lebih 50 peratus.

“Keuntungan boleh agih kepada pendeposit pada kadar melebihi 0.75 peratus daripada kadar pulangan Islamik. Peningkatan pengguna THiJARI melebihi empat juta pengguna dan Indeks Kepuasan Pelanggan melebihi 90 peratus,” katanya lagi.

Justeru beliau berharap agar HIJRAH24 akan dapat direalisasikan pada akhir tempoh 2024 seperti yang dirancang. MG

PM yakin HIJRAH24 lonjak semula TH





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.