Kebakaran Di Lahad Datu, Kanak-kanak Perempuan Ditemui Rentung

Kebakaran Di Lahad Datu, Kanak-kanak Perempuan Ditemui Rentung

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan rentung selepas terperangkap dalam dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabah Baru, di sini pagi tadi.

Kebakaran yang melibatkan 11 buah rumah mengorbankan Nur Alisha Putri Abdullah, 3, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.



“Setelah kita buat pemadaman kita dapati terbakar seratus peratus semua rumah dari jenis tidak kekal iaitu daripada struktur kayu.

“Setelah membuat pemadaman kita membuat pencarian lokasi dan hasil daripada maklumat orang ramai didapati terdapat satu orang mangsa yang mana tertunggal dia sebuah rumah yang terbakar.

“Pasukan bomba berjaya mengawal punca kebakaran pada pukul 10.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 petang,” katanya.



Samosa berkata pasukan bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran.

Menurut wakil Ketua Kampung, Bakar Julkipli dia menerima panggilan daripada orang kampung sejurus kebakaran terjadi.

“Tidak pasti lagi (puncanya) sebab di situ ada jual bakso, jadi kurang pastilah apa yang terjadi di situ sebab masa itu saya dalam perjalanan ke kampung dari bandar. Dia (penduduk) menelefon daripada kampung, kami terus hubungi 999 dan terus membantu,” katanya.

Sementara itu salah seorang mangsa kebakaran, Jonny Rajiun pula mendapat panggilan dari isterinya memaklumkan mengenai kebakaran ketika sedang berkerja.



Rumahnya terbakar sepenuhnya dan buat sementara ini menumpang di rumah keluarga terdekat.

“Saya bergegas ke sini, berlari naik kereta ke sini untuk mahu menyelamatkan barang apa yang ada dalam rumah itu tetapi sebenarnya tidak dapat, sudah hangus terbakar.

“Buat sementara waktu sekarang ini kami tinggal di rumak kakak ipar. Semua persiapan raya hangus terbakar. Sudah ada, semua lengkap semua tapi gara-gara terbakar sudah habis semua, tiada sudah.

“Yang saya tahu mereka cakap punca dari bilik, karan (arus elektrik), itupun dari rumah sebelah kami,” katanya.



Menurut seorang peniaga, Lidiya Abbang pula, segala persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang turut musnah dijilat api sekelip mata.

“Saya tidak sempat bawa barang-barang, anak-anak sajalah. Janji anak-anak selamat.

“Saya tidak tahu dimana hendak tinggal nanti. Saya fikir-fikir lah sebab saya tidak biasakan tinggal di rumah orang, tidak tahulah macam belum terlintas di fikiran di mana mahu tinggal,” katanya.-AA

Kebakaran Di Lahad Datu, Kanak-kanak Perempuan Ditemui Rentung



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker