Jenazah Pasangan Suami Isteri Maut Kumpulan DEBU Di Indonesia Diterbangkan Ke Singapura Hari Ini

Jenazah Pasangan Suami Isteri Maut Kumpulan DEBU Di Indonesia Diterbangkan Ke Singapura Hari Ini

JENAZAH pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan rombongan kumpulan muzik Debu di Jawa Timur, Indonesia awal pagi Isnin dilapor akan dibawa pulang ke Singapura, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat mangsa kepada Astro AWANI.

“InsyaAllah petang baru boleh bawa balik kedua-dua jenazah ke Singapura,” katanya dalam pesanan WhatsApp, hari ini.

Sementara itu, Detik.com melaporkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Firdaus Harun Rashid, 31, merupakan warganegara Singapura, sementara isterinya, Al Haddad Amal Sheikh Aidaros, 30, berasal dari Selangor.

Kedua-dua jenazah ketika ini difahamkan berada di Rumah Sakit Al-Irsyad Surabaya.

“Mudah-mudahan kelengkapan dokumen tersebut dapat diuruskan dengan segera. Sehingga itu, dua jenazah ini boleh segera diterbangkan dan dikebumikan di Singapura,” katanya seperti dilapor Detik.com.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kemalangan berlaku di Tol Pasuruan – Probolinggi arah timur ke barat di Kota Probolinggi pada jam 12.10 pagi Isnin ketika mangsa menyertai rombongan kumpulan muzik Debu.

Rombongan kumpulan muzik itu menaiki kereta jenis Toyota Vellfire dilapor terlanggar belakang lori.

Akibatnya, kereta Vellfire tersebut remuk di bahagian depan manakala lori terbabit beredar dari lokasi.

Empat penumpang lain mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Dr Mohamad Saleh.

Debu merupakan kumpulan muzik terkenal dengan lagu kerohanian berpangkalan di Jakarta Selatan, kebanyakannya dianggotai warga Amerika Syarikat.

Astro AWANI masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar berhubung insiden tersebut.-AA

Jenazah Pasangan Suami Isteri Maut Kumpulan DEBU Di Indonesia Diterbangkan Ke Singapura Hari Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker