UMNO kini stabil dan kuat untuk hadapi PRU-15 – Tok Mat

UMNO kini stabil dan kuat untuk hadapi PRU-15 – Tok Mat

SEREMBAN: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri memberi kestabilan dalam parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO berjaya menguruskan hal dalaman parti itu dengan matang terutama dalam isu siapaka perlu ditonjolkan sebagai Perdana Menteri.

“Jelas dalam UMNO kami bersepakat Perdana Menteri sedia ada adalah calon terbaik untuk kita tonjolkan sebagai poster boy kami. Tutup cerita, semua sudah selesai.

“Bagi saya menghadapi pilihan raya ini kita mesti uruskan rumah tangga kita dahulu. Kalau rumah tangga kita berkecamuk siapa yang akan kita tonjolkan belum tentu lagi, menjadi tanda tanya, itu tidak baik bagi parti.

“Apabila pucuk pimpinan sudah memutuskan ini, dalam parti lega, nampak stabil dan tidak timbul lagi masalah dalaman. Tiada lagi spekulasi, ini jelas menunjukkan kematangan UMNO.

“Jadi kita nak hadap masalah luaran, menyusun strategi dan untuk kita melihat apa strategi yang baik untuk kita hadapi pilihan raya ini dengan mengambil kira dalam parti kita sudah stabil. UMNO kini bersatu, tenang dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan selepas menghadiri Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, beliau akan turun ke setiap negeri selepas Ramadan ini untuk berbincang dengan UMNO negeri berhubung persediaan menghadapi PRU-15.

“Saya akan memantau dan melihat kepemimpinan negeri serta bahagian bagi menghadapi PRU-15. Saya juga akan meneliti kerusi fokus dan keutamaan yang ditandingi kerana kita perlu berpijak di atas realiti, bukan semua kita mahu bertanding.

“Saya juga akan melihat semula kawasan di mana BN kalah disebabkan masalah dalaman, itu kita perlu perbetul. Jika ini dapat dilakukan dan persiapan jentera parti baik, saya yakin bahawa bagi menghadapi PRU-15 parti dalam keadaan bersiap sedia,” katanya. Utusan

UMNO kini stabil dan kuat untuk hadapi PRU-15 – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker