Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur

Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur

RAMADAN, bulan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia bukan sahaja sinonim dengan menahan lapar dan dahaga sahaja.

Ia juga mempamerkan budaya unik yang diamalkan dari generasi ke generasi dari setiap pelosok dunia.

Kalau di Malaysia, kita ada bubur lambuk yang hakikatnya lebih mendapat sambutan ketika Ramadan.
Di Indonesia, tradisinya pula berbeza-beza dan setiap masyarakat ada keunikannya tersendiri.

Berikut adalah gambaran bagaimana beberapa tradisi global menyumbang kepada kemeriahan Ramadan di dunia Islam:

Setiap kali Ramadan, daging akan disediakan dan dimasak secara tradisional yang kemudiannya diagihkan kepada keluarga, rakan-rakan dan rumah anak yatim tempatan.

Meugang merupakan tradisi penting bagi masyarakat Indonesia. – Gambar media sosial

Meugang merupakan tradisi penting bagi masyarakat Indonesia kerana ia melambangkan kesyukuran atas nikmat yang diterima sepanjang tahun.

Timur Tengah – Mesaharaty

Untungnya orang Timur Tengah kerana tradisi yang dinamakan Mesaharaty ini sebenarnya bermaksud ‘tukang kejut sahur’ yang mana individu ini akan bangun lebih awal dan mengejut orang bangun sahur.

Ia adalah tradisi unik yang telah diamalkan di Arab Saudi, Mesir dan Yaman selama berabad-abad.

Kadang-kadang, mereka akan memukul gendang atau mengetuk pintu dengan kayu.

Mesir – Fanous

Di Mesir, terdapat satu tradisi yang mana penduduk tempatan akan menghiasi rumah mereka dengan fanous, juga dikenali sebagai ‘tanglung’ dalam bahasa Arab.

Kemeriahan tanglung yang tergantung ini lebih terserlah sebaik matahari terbenam dan sesiapa yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat tarawih akan terpegun dengan sinaran fanous.

Bangladesh, India & Pakistan – Chaand Raat

Pada malam terakhir Ramadan, yang disebut sebagai “Chaand Raat”, jalan-jalan di Asia Selatan menjadi hidup dengan perayaan dan ini adalah malam sebelum Aidilfitri.

Mengikut tradisi Ramadan di India, Pakistan dan Bangladesh, rakan dan keluarga meraikan Chaand Raat dengan pertukaran pencuci mulut dan hidangan manis.

Chaand Raat merupakan acara pertukaran pencuci mulut dan hidangan manis. – Gambar media sosial

Bosnia Herzegovina – Meriam Yellow Bastion

Penduduk Bosnia-Herzegovina juga tidak ketinggalan untuk berada dalam senarai kerana keunikan tradisi mereka adalah mereka akan menembak meriam sebelum berbuka puasa.

Apa yang istimewanya ialah mereka tidak menggunakan meriam biasa kerana mereka menggunakan meriam di bangunan Yellow Bastion yang dikatakan berusia ratusan tahun.

Penduduk tempatan juga menikmati menonton tradisi ini sambil berkelah, dan deruan meriam sering disambut dengan sorakan!

Nafars – Maghribi

Sama seperti Mesaharaty di Mesir, tradisi Nafars di Maghribi adalah merujuk kepada mereka yang bertanggungjawab membangunkan orang untuk sahur.

Namun kaedahnya sedikit berbeza, mereka memakai pakaian tradisional ‘gandora’, topi, dan selipar, bersiar-siar di kawasan kejiranan sambil membacakan doa yang merdu.-AA

Malaysia Ada Tradisi Bubur Lambuk, Negara Lain Ada Tukang Kejut Sahur

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker