COVID-19 Masih Jauh Untuk Jadi Endemik – WHO

COVID-19 Masih Jauh Untuk Jadi Endemik – WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan COVID-19 masih jauh untuk beralih kepada penyakit endemik, malah masih boleh mencetuskan wabak besar di seluruh dunia.

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, berkata adalah silap untuk menganggap jangkitan COVID-19 sudah reda dan menjadi endemik.

“Saya pasti tidak percaya kita sudah mencapai apa-apa yang hampir dengan situasi endemik,” katanya pada sesi soal jawab secara langsung di saluran media sosial WHO.

Beliau berkata jangkitan COVID-19 masih tidak menentu dan mampu mencetuskan wabak yang besar.

“Itu bukan penyakit endemik lagi.”

Beliau menjelaskan batuk kering dan malaria sebagai penyakit endemik yang masih membunuh jutaan nyawa setiap tahun.

“Jangan percaya bahawa endemik bersamaan dengan ia berakhir, ia ringan atau tidak menjadi masalah. Itu tidak berlaku sama sekali,” katanya.

Ketua teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove yang turut dijangkiti penyakit itu dan sedang menjalani pengasingan diri di Amerika Syarikat, berkata virus itu beredar pada tahap tinggi, menyebabkan “sejumlah besar kematian dan kemusnahan.”

“Kita masih di tengah-tengah wabak ini. Kita semua berharap bahawa kita tidak begitu. Tetapi kita tidak berada di peringkat endemik.”

Mengulas lanjut, Ryan menjelaskan kebiasaannya penyakit yang menjadi wabak merebak menjadi corak endemik dengan memfokuskan pada bahagian tertentu populasi.

Beliau berkata penyakit seperti itu juga boleh menjadi penyakit zaman kanak-kanak seperti campak dan difteria kerana kanak-kanak yang baru dilahirkan mudah terdedah dengan pelbagai virus.

Bagaimanapun jika tahap vaksinasi menurun seperti yang berlaku kepada campak, wabak boleh merebak lagi.

Minggu lalu, menyaksikan jumlah kematian akibat COVID-19 terendah dicatatkan berbanding awal kemunculan penyakit itu.

Bagaimanapun, lebih 20,000 kematian dilaporkan, yang disifatkan Ryan “masih terlalu ramai… kita boleh gembira tetapi kita tidak seharusnya berpuas hati.” – AFP

COVID-19 Masih Jauh Untuk Jadi Endemik – WHO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker