Pemilihan Ismail Sabri Sebagai PM Jadikan BN Lebih Utuh Pada PRU15 – Sivaraj

Pemilihan Ismail Sabri Sebagai PM Jadikan BN Lebih Utuh Pada PRU15 – Sivaraj

MIC menyambut baik cadangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO agar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusatnya, Datuk Sivaraj Chandran menjelaskan, keputusan itu menunjukkan kematangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam mengutamakan perjuangan parti daripada kepentingan individu.



“Saya rasa itu satu keputusan yang baik dan ini membolehkan BN menjadi lebih utuh dalam menghadapi PRU15 dengan lebih strategik dan berkeyakinan.

“Ini menunjukkan UMNO atau BN merupakan perikatan yang matang dan mementingkan perjuangan BN daripada kepentingan individu,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini sebulat suara mencadangkan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi calon Perdana Menteri bagi PRU15 kelak.

Tambahnya, pemilihan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri diharap akan memberikan kesinambungan terhadap usaha memperkasakan sosioekonomi kaum India di negara ini.

“MIC menerima baik keputusan yang dicapai dalam MKT UMNO, dan berharap lebih banyak insiatif dapat dilaksanakan oleh Perdana Menteri sebagai kesinambungan dalam memperkasakan sosioekonomi masyarakat India,” ujarnya.



Ditanya sama ada masih ada calon lain yang layak untuk memegang jawatan nombor satu negara itu, Sivaraj menegaskan, MIC menghormati dan akur dengan keputusan UMNO itu.

“Kita menghormati keputusan UMNO untuk menjadikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri pada PRU15,” tambahnya.-AA

Pemilihan Ismail Sabri Sebagai PM Jadikan BN Lebih Utuh Pada PRU15 – Sivaraj

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker