Tak Suka Konsep Kena ‘Sekolah’, Kumpulan Ruffedge Tolak Tawaran Gegar Vaganza

Tak Suka Konsep Kena ‘Sekolah’, Kumpulan Ruffedge Tolak Tawaran Gegar Vaganza

MENERIMA tawaran untuk sertai program realiti Gegar Vaganza (GV) sejak musim pertama, kumpulan Ruffedge memilih untuk memberikan peluang tersebut kepada penyanyi yang lebih layak.

Menurut anggota Ruffedge iaitu Azan, mereka tidak memerlukan platform tersebut memandangkan masih mempunyai kumpulan peminat yang kuat sekiranya ingin membuat kemunculan semula

Tambah Azan atau nama sebenarnya Azanuddin Abdul Wahab, platform GV itu sesuai untuk penyanyi yang tidak mengetahui cara untuk membuat kemunculan semula.

“Memang dari awal lagi kami dapat tawaran untuk sertai GV. Tapi sebab kami tahu GV ini platform untuk artis yang tak tahu nak buat come back macam mana. GV inilah peluang untuk mereka.

“Alhamdulillah, kami masih boleh buat come back sebab ada sokongan peminat. Kami buat konsert pun tiada masalah… masih ada peminat beli tiket. Jadi, buat apa kami nak rebut orang lain punya peluang.

“Lagipun GV ini pun banyak tolong artis lama. Jadi memang sesuai untuk orang yang nak come back tapi tak tahu nak buat macam mana,” kata Azan kepada mStar.

Azan ditemui ketika ditemui ketika majlis berbuka puasa bersama artis di bawah pengurusan Ace Talent dan majlis pelancaran lagu OoTD Raya di Grand Barakah Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Azan, majlis terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran Cat Ruffedge, Chubb-E, Da Unknown, Moleque dan Azuein Alonto selaku Pengarah Urusan Ace Talents.

Dalam pada itu, Azan secara peribadi mengakui dia tidak gemar dengan konsep barisan juri mengkritik persembahan peserta GV dan pertukaran genre lagu.

“Pertandingan itu stres dan saya pun tak suka konsep ‘sekolahkan’… kritik macam sekolah tadika. Padahal orang ini dah terkenal dan tahu basic dah… tapi kita kat bawah ini (juri) nak ajar basic.

“Bagi saya, macam salah sebab mereka artis lama. Kalau artis baharu nak sekolahkan tak apa la. Penjurian untuk persembahan sudah la. Macam nak memalukan orang lama.

“Saya tak berapa suka juga dengan konsep tukar genre sebagai contoh, penyanyi rock disuruh nyanyian lagu dangdut,” ujar Azan.-mSTAR

Tak Suka Konsep Kena ‘Sekolah’, Kumpulan Ruffedge Tolak Tawaran Gegar Vaganza

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker