Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
RAMALLAH: Tentera Israel menembak mati dua wanita Palestin dalam dua kejadian berasingan di sekitar kawasan Tebing Barat.
Insiden itu berlaku ketika pasukan tentera Zionis menyahut gesaan Perdana Menteri, Naftali Bennett supaya mereka meningkatkan operasi keselamatan.
Lapor Arab News, kejadian pertama membabitkan seorang wanita berusia 45 tahun yang tidak bersenjata di bandar Husan, barat Baitulaham di selatan Tebing Barat.
Menurut saksi, tentera Israel yang berada di pusat pemeriksaan pintu masuk timur Husan menembak Ghadeer Sabatin yang merupakan balu dan ibu kepada enam orang anak.
Ketika kejadian, mangsa dilaporkan melintas jalan selepas seorang tentera mengarahkannya untuk berhenti.
“Namun, seorang lagi tentera bertindak menembak wanita itu sebanyak dua kali walaupun mangsa tidak mendatangkan bahaya kepada mereka,” jelas laporan itu.
Tentera Israel mendakwa Ghadeer menghampiri anggota berkenaan dengan ‘cara mencurigakan’.
Beberapa sumber Palestin memaklumkan Ghadeer yang cacat penglihatan, dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan untuk mengunjungi rumah saudaranya di Husan.
Menurut sumber, tentera Israel menahan dan memeriksa warga Palestin di sekitar kawasan itu, selain tidak membenarkan mereka membawa Ghadeer ke hospital biarpun dia mengalami kecederaan parah.
Akibatnya, Ghadeer dibiarkan berlumuran darah sehingga mati.
Mangsa kedua pula ditembak mati di sebelah Masjid Ibrahimi selepas didakwa menikam seorang pegawai polis Israel di sebuah pusat pemeriksaan di bandar itu.
Episod terbaharu keganasan Israel ketika bulan Ramadan meningkatkan ketegangan sekali gus mencetuskan kemarahan pemimpin politik Palestin.
Seorang jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA) mendakwa kerajaan pimpinan Bennett menggunakan `pertumpahan darah warga Palestin untuk mendapatkan sokongan untuk kerajaanya’.
Kejadian itu berlaku selepas Bennett memaklumkan Israel sudah beralih kepada mod serangan untuk bertindak balas terhadap tindakan kekerasan Palestin di Baitulmuqaddis.
Baca Artikel Menarik:
- PM Sekarang Pun Boleh Ditukar Kalau Kami Mahu – Mat Sabu
- Paras Oksigen Anak Amyra Dan Amar Menurun ‘Semoga Allah Angkat Kesakitan Ayra Aryssa’
- Video terkini Ummi Khazriena, kanak-kanak yang viral dalam iklan Hari Kemerdekaan 15 tahun lalu
- Penjaga Gol JDT Mohd Farizal Stabil Selepas Insiden Mencemaskan
- Undang-undang mana Muhyiddin pakai PM kena runding dengan PN?
- Jangan banding kos haji Malaysia dengan Indonesia, perkhidmatan jauh berbeza
- Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong
- Pendakwah bebas maut kemalangan
- Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang
- 7 tahanan Penjara Jelebu lolos, seorang dicekup
- Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000
- Imam berjubah antara 8 mat rempit ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET