CCTV rakam aksi lelaki tabur tanah depan rumah

Pelaku tersebut menabur tanah di hadapan sebuah rumah ketika menghampiri waktu maghrib. – Tangkap layar Facebook Info Cegatan Klaten

JAKARTA – Aksi mencurigakan seorang lelaki yang menabur tanah atau pasir  di hadapan sebuah rumah di Klaten, Indonesia menjadi tular selepas dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV), lapor laman Detik semalam.

Dalam kejadian menjelang  waktu maghrib Jumaat lalu itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal berwarna putih dirakam berhenti di hadapan pagar sebuah rumah.

Selepas memberhentikan motosikalnya, dia dilihat  menabur sesuatu menyerupai serbuk yang digenggam dengan tangan kirinya.

Selepas melakukan perkara mencurigakan itu, lelaki itu pantas  meninggalkan lokasi tersebut.

Rakaman video tersebut dimuat naik oleh pemilik rumah itu. Dia meminta bantuan orang ramai untuk mengecam pelaku berkenaan.

“Bagi sesiapa yang mengetahui ciri-ciri lelaki ini, saya memohon dengan baik agar anda meluruskan niat serta tujuan.

“Dia menabur barang berupa pasir atau tanah di hadapan rumah. Lelaki itu menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran AD 3174 Q,” tulis individu berkenaan pada hantaran tersebut.

Tambahnya, dia ada mengejar lelaki tersebut, namun gagal menangkapnya  serta hanya sempat menulis nombor pendaftaran motosikal itu.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberi peringatan kepada pemilik rumah tersebut agar berhati-hati.

“Hati-hati kerana ia mungkin tanah kubur. Dahulu, rumah dan kedai makan ibu saya pernah ditabur dengan tanah kubur dan ibu saya disihir sebelum meninggal dunia,” kata seorang pengguna.

“Hati-hati kak. Mungkin dia mengirim ilmu sihir guna tanah kubur. Nanti, cuba siram air dan baca ayat Kursi, surah Al Fatihah dan An Nas agar tidak terjadi perkara-perkara yang tidak diingini,” komen seorang lagi. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Mas Idayu bakal berkahwin dengan penerbit eksekutif TV3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker