Baby Shima Ada Terfikir Untuk Tutup Sosial Media, Kerap Terima Gambar Lucah

 

Baby Shima Ada Terfikir Untuk Tutup Sosial Media, Kerap Terima Gambar Lucah

SERING menerima kecaman dan mendapat kiriman gambar lucah membuatkan penyanyi Baby Shima pernah terfikir untuk berhenti menggunakan media sosial.

Namun Shima atau nama penuhnya Nor Ashimah Ramli, 30, berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan mengingatkan diri bahawa semua perkongsian di media sosial hanya berkaitan kerja.

“Apa yang saya kongsikan di media sosial semuanya berkaitan dengan kerja. Sedihnya juga ada sahaja nak kecam dan tak kurang juga sering menerima gambar lucah.

“Ada ketika membuatkan saya terfikir untuk berhenti dari sebarang akvititi perkongsian di sosial media.

“Namun ini adalah kerja saya dan rasanya tidak perlu ambil peduli sangat dengan kata-kata yang boleh membuatkan saya rasa down,” katanya kepada mStar

Baru-baru ini Shima mendedahkan nama dan gambar seorang lelaki yang menghantar gambar bogel kepadanya.

Hantaran tersebut kemudian dipadam dan Shima berkata, dia berbuat demikian supaya dapat memberi pengajaran kepada peminat supaya tidak lagi melakukan perbuatan sebegitu.

“Kalau berani kirim gambar yang tidak senonoh, kenapa tak berani jawab atau munculkan diri apabila saya letakkan wajah sebenar individu itu di media sosial.

“Saya kongsikan gambar tersebut sebagai pengajaran, bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk semua wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati di media sosial,” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pendapat segelintir netizen bahawa penampilannya yang seksi mengundang perhatian lelaki gatal, Shima tidak bersetuju.

Penyanyi lagu Lalai ini berkata, semua itu bergantung kepada pemikiran seseorang yang didorong oleh nafsu mereka sendiri.

“Saya masih tahu menjaga batas dan tidaklah terlalu seksi sehingga tayangkan lurah atau memakai skirt pendek.

“Pemikiran seseorang itu yang melampau dan menyebabkan penampilan saya ini dianggap seperti mudah menerima godaan lelaki sebegitu,” ujarnya.-mSTAR

Baby Shima Ada Terfikir Untuk Tutup Sosial Media, Kerap Terima Gambar Lucah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker