Isu baiah wakil rakyat, idea Hadi dibidas PKR

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti tidak perlu dibuat secara tergopoh-gapah disifatkan sangat mengelirukan, kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Bekas ahli parlimen Indera Mahkota itu mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti itu mempunyai cara tersendiri menyelesaikan isu lompat parti iaitu melalui amalan baiah.

“PAS sepatutnya sebagai pihak kerajaan tidak boleh bertindak mengelirukan rakyat Malaysia mengenai pendirian mereka.



“Bagaimana Presiden PAS hendak memperkenalkan baiah kepada kesemua 222 ahli parlimen yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama,”

Semalam, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata parti itu berpendapat RUU Antilompat Parti memerlukan penelitian lebih lanjut.

Abdul Hadi berkata PAS mengelakkan tindakan ahli-ahli politiknya daripada melompat parti melalui baiah.

Baiah merupakan perjanjian untuk memberi ketaatan di mana individu yang berbuat demikian kepada sesebuah parti sama seperti membuat janji taat setia dan akur terhadap keputusan parti mereka.



“Apakah pendirian PAS sekiranya selepas PRU masih ada lompat parti dan ‘katak-katak’ dibiarkan begitu sahaja.

“Sebab itu akta antilompat parti perlu disegerakan. Harap-harap kerajaan hari ini tidak terheret sama dengan pendirian mengelirukan PAS,” kata Azan.

Pada Rabu lalu, Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan kerajaan tidak akan meneruskan rancangan membentangkan RUU antilompat parti.

Beberapa sumber yang tahu berkenaan perkara itu memberitahu kabinet sebaliknya memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan undang-undang antilompat parti diluluskan pada masa akan datang.



Menurut sumber, sidang khas Dewan Rakyat Isnin ini akan diteruskan seperti dirancang.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker