Imran Khan disingkir menerusi undi tidak percaya

Imran Khan disingkir menerusi undi tidak percaya

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan digulingkan daripada kuasa pada malam Sabtu, menjadi ketua kerajaan terbaharu dalam sejarah 75 tahun Pakistan yang tidak dapat menghabiskan mandat lima tahun dan yang pertama disingkirkan melalui undi tidak percaya.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan parlimen negara itu memulakan sidangnya pada pukul 10.30 pagi seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Agung untuk mempertimbangkan usul undi tidak percaya pembangkang.



Mahkamah yang campur tangan selepas timbalan speaker Dewan Negara Qasim Khan Suri tidak membenarkan usul itu pada 3 April, berkata langkah itu adalah komplot yang disokong pihak asing untuk perubahan rejim di Pakistan.

Sepanjang hari Sabtu, ahli parlimen dari parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan Imran mengecam Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa mencampuri urusan negara itu.

Wakil pakatan pembangkang daripada Pergerakan Demokratik (PDM), termasuk Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) dan Parti Rakyat Pakistan (PPP), menuntut undian disegerakan dengan keyakinan bahawa mereka mempunyai jumlah minimum yang diperlukan iaitu 172 daripada 342 kerusi dewan untuk menggulingkan Imran.

Pengundian akhirnya dijalankan sekitar tengah malam oleh Ayaz Sadiq PLM-N di kerusi speaker selepas speaker Asad Qaiser dan timbalannya Suri meletak jawatan.



“Seratus tujuh puluh empat ahli mengundi untuk menyokong resolusi itu,” umum Ayaz.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen kepada negara pada petang Jumaat, Imran yang dipilih pada 2018 dengan tegas berkata beliau tidak akan menerima “kerajaan import” dan mendakwa bahawa anggota parlimen “dibeli” untuk menukar kesetiaan parti.

Dakwaan AS campur tangan untuk menggagalkan Pakistan daripada mempunyai dasar luar bebas disebut-sebut semasa prosiding perhimpunan pada Sabtu.

“Dalam tempoh 124 tahun terakhir ini, hanya satu kuasa asing telah membuat 81 percubaan menukar rejim (di seluruh dunia). Dan sejak 1948, terdapat 61 percubaan menukar rejim. Rejim ditukar di Asia Barat, Eropah, Afrika dan Amerika Latin,” kata Hammad Azhar, yang berkhidmat sebagai menteri tenaga dalam pentadbiran yang dijatuhkan itu.



“Hari ini percubaan menukar rejim sedang dilakukan di negara ini, dan kita ada buktinya,” tambah beliau. Sejarah hubungan AS-Pakistan yang tidak mesra menjadikan rakyat Pakistan waspada terhadap campur tangan Amerika dalam hal ehwal dalaman.

“Mereka telah cuba memusnahkan setiap negara Islam,” kata Shireen Mazari, yang berkhidmat sebagai menteri hak asasi manusia dalam kabinet Imran.

Dengan berkata ia merupakan konspirasi luar, beliau meminta usul itu ditolak.

Seorang lagi menteri kabinet Imran, Menteri Luar Shah Mahmood Qureshi pula menegaskan bahawa Jawatankuasa Keselamatan Negara (NSC) Pakistan, yang merangkumi menteri-menteri utama dan kepimpinan tertinggi tentera, memandang serius terhadap dakwaan campur tangan AS.



Mengenai lawatan Imran pada Februari ke Moscow, Qureshi berkata penasihat keselamatan negara AS menghubungi rakan sejawatannya dari Pakistan dengan mesej “Jangan pergi.”

Beliau mempersoalkan bagaimana sesebuah negara berdaulat boleh dihalang daripada melakukan lawatan dua hala.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang lebih berminat untuk mengundi tanpa melengahkan usul undi tidak percaya.

“Di bawah perintah Mahkamah Agung, sidang ini dijalankan untuk satu tujuan, iaitu meneruskan pengundian,” kata pemimpin PML-N Shehbaz Sharif.



Shehbaz mendapat sokongan pakatan anti-Imran sebagai calon perdana menteri Pakistan yang seterusnya, dengan tentera mempunyai pengaruh besar dalam perkara-perkara utama.

“Kita tidak akan membalas dendam terhadap sesiapa,” katanya selepas usul itu diluluskan di dalam dewan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pakistan dan dewan ini kerana buat pertama kalinya di Pakistan undi tidak percaya telah berjaya dan kita telah mencipta sejarah,” kata pemimpin PPP Bilawal Bhutto Zardari. Bapanya bekas presiden Pakistan Asif Zardari turut hadir di sisinya dalam dewan itu.

Pemimpin PTI, bagaimanapun, percaya penentangan anti-AS Imran dan kempennya untuk membina Pakistan yang lebih kuat dan berdikari, berpegang pada prinsip Islam, menjana lebih banyak sokongan orang ramai.



Parti itu merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara pada petang Ahad. FMT

Imran Khan disingkir menerusi undi tidak percaya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker