Harga makanan dunia paling mahal Mac 2022

Harga makanan dunia paling mahal Mac 2022

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan bahawa harga makanan dunia meningkat hampir 13 peratus bulan lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kenaikan harga itu yang merupakan rekod tertinggi setakat ini berpunca daripada pergolakan yang tidak berkesudahan di Ukraine. Perang di negara itu kini memasuki bulan kedua.

Indeks harga makanan FAO yang memantau komoditi makanan dalam dagangan global, mencatat purata 159.3 mata bulan lepas berbanding 141.4 mata selepas semakan semula dilakukan bagi Februari.

Angka Februari sebelum ini diletakkan pada 140.7 mata yang merupakan rekod tertinggi ketika itu.

Rusia dan Ukraine adalah pengeksport utama makanan ruji seperti gandum, jagung, barli dan bunga matahari. Semua produk tersebut dieksport keluar menggunakan kapal-kapal melalui Laut Hitam.

Sejak pencerobohan Moscow berlaku enam minggu lalu, aktiviti eksport barang dagangan Ukraine turut tergendala dan terhalang sekali gus menjejaskan bekalan makanan dunia.

Pada bulan lalu, FAO menyatakan, harga makanan dan makanan haiwan ternakan boleh meningkat sehingga 20 peratus akibat konflik di Ukraine sekali gus meningkatkan risiko kekurangan zat makanan.

Indeks harga bijirin agensi itu meningkat 17 peratus pada Mac lepas, manakala indeks minyak sayuran melonjak 23 peratus sekali gus bacaan tertinggi yang pernah dicatat oleh FOA.

Gangguan bekalan tanaman akibat perang telah memburukkan lagi situasi kenaikan harga komoditi makanan.

Ini kerana sebelum perang di Ukraine tercetus, harga komoditi makanan sudah berada pada paras tertinggi bagi tempoh 10 tahun disebabkan isu penuaian global.

Jumlah dangan bijirin bagi tempoh 2021/22 yang disemak, merosot sebanyak 14.6 juta tan daripada unjuran bulanan sebelumnya kepada 469 juta tan dan kini dua peratus di bawah paras 2020/21.

Unjuran stok bijirin dunia pada akhir 2021/22 juga menunjukkan pertambahan sebanyak 15 juta tan kepada hampir 851 juta tan.

Ini kerana FOA menjangkakan bahawa gangguan eksport akan menyebabkan kepada timbunan stok berskala besar di Ukraine dan Rusia. K Online

Harga makanan dunia paling mahal Mac 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker