Jangan tangguh RUU Anti Lompat Parti – Shamsul
Jangan tangguh RUU Anti Lompat Parti – Shamsul
Pendirian UMNO jelas dan tegas, Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti mesti disegerakan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau menegaskan, apa yang diperjuangkan UMNO untuk akta berkenaan diluluskan segera di Parlimen adalah mahu mempertahankan hak rakyat.
Justeru, katanya, apabila rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya, wakil yang dipilih dan menang mesti memegang amanah rakyat serta parti.
“Mereka tidak boleh bertindak melompat parti sesuka hati kerana rakyat dan partilah yang menyebabkan mereka menang dalam pilihan raya.
“Sehubungan itu, dan dalam isu RUU Anti Lompat Parti ini, pendirian UMNO jelas, mesti disegerakan.
“Jika mereka melompat, rakyat dan parti berhak menghukum mereka. Mandat mesti diserahkan kembali kepada parti dan rakyat. Saya yakin anda bersetuju,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Dr. Shamsul Anuar berkata, kerana rakyat dan partilah menyebabkan pemimpin itu bergelar wakil rakyat.
Oleh itu, ujar beliau, jangan bertangguh-tangguh dalam isu berkaitan RUU Anti Lompat Parti.
Beliau turut mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang meminta semua pihak tidak perlu gopoh buat RUU Anti Lompat Parti.
Presiden Pas itu dilaporkan semalam berkata, tidak timbul isu berlengah-lengah kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan berbincang dengan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Sarawak dan Sabah serta sebahagian UMNO.
Kenyataan “sebahagian UMNO” itu menimbulkan persoalan dan tanda tanya Dr. Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN.
“Sebahagian UMNO? Kenapa tidak semua (kepimpinan UMNO)?
“Kerana sikap beginilah antara sebab Pas sukar menjadi rakan sejati dan setia. Malah, jika diperhalusi dan diamati, kenyataan Abdul Hadi sebelum inipun banyak tidak menghormati kepimpinan UMNO.
“Ia seolah mahu memecahbelahkan UMNO. Apapun tidak mengapalah. Kita memahami mengapa sikapnya begitu. Namun, UMNO punyai maruah dan harga diri. Ini mesti kita pertahankan,” ujar beliau. MG
Jangan tangguh RUU Anti Lompat Parti – Shamsul
Baca Artikel Menarik:
- Pandu 130km cari line internet, belajar dalam bonet kereta (Video)
- GOpinjam macam lintah darat, pengguna persoal kadar faedah setinggi 36%
- Aizat, Elyssa Bahagia Jalin Cinta, ‘Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati’ – Elyssa
- Kes saman: Saya tak pernah rayu sokongan mana-mana parti – Ismail
- Ceti Haram Salah Alamat
- Syamsul Debat, Dusuki dilarang ceramah di Selangor?
- Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel
- Nelayan Rusia temui anak naga
- Zamani Slam goyang jadi juri
- Pemandu Kurier Lesap Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k
- Geng YakYakYeh, dulu plastik hitam kini beg hitam!
- Pekerja dikenakan tindakan kerana diskriminasi kaum – Mr DIY
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara
‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan